Kenapa PN bongkak, tolak titah Agong? – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR: Malaysia masih menantikan perdana menteri kesepuluh, selepas PRU15 menyaksikan negara buat pertama kalinya berdepan situasi parlimen tergantung.

Malaysiakini membawakan berita terkini secara langsung selepas pilihan raya umum.

PH ‘gentleman’, PN masih perangai lama – Asyraf

6.46 petang – Pakatan Harapan lebih ‘gentleman’ dalam berunding kerjasama dengan BN bagi membentuk kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata seorang pemimpin Umno.

Menurut Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki, pertemuan antara kedua-dua kepimpinan gabungan itu dua hari lalu membincangkan terma dan tawaran PH dalam membentuk kerajaan.

Sedangkan, kata Asyraf, pemimpin PN masih dengan perangan lama untuk cuba membuat perjanjian secara senyap-senyap.

“Kepimpinan PH lebih ‘gentleman’ dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.

“Sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat ‘dealing’ secara senyap-senyap dan mencuri 10 orang ahli parlimen untuk tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin sebagai PM.

“Sebab itulah, pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak dua hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali,” kata Asyraf dalam kenyataan di Facebook.

Tambah Asyraf, pihak mereka akan memperhalusi tawaran PH dan PN sekaligus akan akur dengan titah Agong untuk pembentukan kerajaan perpaduan.

“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah nasihat Tuanku Agong agar dibentuk kerajaan perpaduan ya?” soalnya.

Malaysiakini

Leave a Comment