GRS lancar 1,500 unit Rumah Mesra SMJ 28 September ini

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dijadual akan melancarkan program Rumah Mesra SMJ di Rumah Budaya, Kuala Penyu pada 28 September ini.

Pelancaran itu diadakan sehari lebih awal dari tarikh asal bertepatan dengan ulang tahun kedua kerajaan negeri dipimpin GRS-BN.




Pada majlis itu, Hajiji akan melawat dua lokasi di Menumbok dan Kuala Penyu yang mana dua unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina sebelum menyerahkan kunci rumah kepada para penerima.

Baca Juga: Mohon 1,500 Rumah Percuma Sabah 2022

Berapa Unit Rumah Mesra SMJ Dibina?

Sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan diberikan secara percuma kepada rakyat Sabah yang memerlukan.



Beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan geran khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan bagi membina Rumah Mesra yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT di negeri itu.

Permohonan Rumah Mesra SMJ




Kaedah permohonan bagi memiliki Rumah Mesra SMJ ini akan diketahui selepas pelancaran konsepnya pada 29 September 2022 nanti. Sila rujuk halaman ini dari semasa ke semasa.

Rumah Mesra ini akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan pegawai terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan mayor majlis bandar raya akan diminta mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra SMJ.

Selain program perumahan percuma ini, Sabah turut melancarkan Permohonan Laptop Percuma untuk pelajar yang berkelayakan.

Kerajaan negeri di bawah kepimpinan GRS-BN akan membina 1,500 unit Rumah Mesra SMJ di seluruh negeri itu.




Terdahulu pada Julai, media perdana melaporkan Kerajaan Sabah akan melancarkan konsep Rumah Mesra SMJ pada 29 September ini.

Beliau berkata Rumah Mesra SMJ merupakan inisiatif baharu di bawah teras modal insan dan kesejahteraan rakyat dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sumber: Astro Awani

Leave a Comment