Rembau: Pemandu lori maut, manakala tujuh anggota polis parah dalam nahas membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku jam 3.40 petang.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian.
“Daripada maklumat awal, kemalangan membabitkan sebuah van pasukan polis Johor Bharu Utara, sebuah lori dan dua kenderaan lain.
“Tujuh anggota polis mengalami kecederaan parah manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Semua mangsa dalam proses dibawa ke hospital berdekatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sumber: Harian Metro
Penulis di Triviamy merupakan individu yang berminat dalam penulisan digital, perkongsian ilmu dan penyampaian maklumat secara ringkas dan mudah difahami.
Berpengalaman dalam dunia kandungan atas talian, penulis memberi fokus kepada:
Penyampaian fakta yang jelas dan tepat
Gaya penulisan santai dan mesra pembaca
Kandungan yang relevan dengan minat pembaca semasa
Setiap artikel ditulis dengan tujuan untuk memberi nilai kepada pembaca, bukan sekadar hiburan semata-mata.
