Fasa Kemaskini UPUOnline Sesi Akademik 2022/2023 Kini Telah Dibuka

SUKACITA DIMAKLUMAN MENGENAI FASA KEMASKINI UPUONLINE 2022/2023 (Dibuka Mulai 1-28 Jun 2022)

Kepada calon yang telah membuat permohonan pada 4 Februari 2022 sehingga 31 Mac 2022 boleh membuat pengemaskinian semula pada 1 Jun sehingga 28 Jun 2022.

Di sini kami akan kongsikan maklumat yang lebih lanjut mengenai tarikh dan cara membuat kemaskini UPUOnline.

TEMPOH MASA KEMASKINI UPUONLINE

Untuk tempoh pengemaskinian telah dibuka dari 1 Jun sehingga 28 Jun 2022.

Kemaskini pilihan program pengajian berdasarkan dengan keputusan sebenar:

  • Lepasan SPM: 5 hari selepas keputusan SPM sebenar diumumkan.
  • Lepasan STPM/Setaraf: 22 hingga 26 Ogos 2022 (Kecuali Diploma/Setaraf).

DEFINISI FASA PENGEMASKINIAN UPUONLINE

Kepada pemohon kategori SPM, STPM dan juga STAM boleh mengemaskini pilihan program pengajian berdasarkan dengan keputusan sebenar dan keputusan penuh bagi pemohon kategori Matrikulasi/Asasi.

Untuk pemohon bagi kategori SPM, STPM, Matrikulasi, Asasi dan juga STAM boleh mengemaskini semua pilihan program pengajian yang telah dipanggil temu duga. Pada Fasa Pengemaskinian ini, tiada lagi sebarang pilihan program pengajian bertemu duga.

Kepada pemohon bagi kategori Diploma/Setaraf, hanya boleh mengemaskini keputusan serta memuat naik dokumen sahaja tanpa kemaskini pilihan program pengajian.

Untuk mana-mana program yang tidak menepati syarat khas akan digugurkan dari dalam senarai.

Maka, pemohon perlu pilih program baru yang telah disenarai pendek oleh sistem mengikut pencapaian SPM pemohon.

Buat kiraan merit yang terkini dan huga letakkan program yang berpotensi besar untuk pemohon dapat tawaran, di pilihan teratas.

Jangan tunggu pada saat-saat akhir untuk lakukan kemaskini ini kerana dikhuatiri sistem akan sesak pada masa tersebut.

CARA KEMASKINI ONLINE

  1. Kepada pemohon boleh membuat pengemaskinian menerusi laman sesawang UPU https://online.mohe.gov.my/UPUOnline/ (Akan dibuka bila tiba waktunya).
  2. Kemudian, pemohon perlu klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan’.
  3. Log masuk seperti biasa.
  4. Calon boleh mengemaskini pada ruangan yang telah dikehendaki seperti maklumat diri dan juga akademik lalu ikut arahan yang seterusnya.
  5. Setelah selesai pengemaskinian, klik pada butang ‘SAH‘ lalu ‘HANTAR’.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat lanjut pemohon boleh menghubungu talian hotline yang telah tertera di bawah:

Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Leave a Comment