SHOPEEPAY: Cara Aktifkan Shopeepay, Topup & Withdraw

Sebagai salah satu laman e-dagang yang popular di Malaysia, Shopee telah tampil dengan eWallet mereka yang tersendiri yang telah dikenali sebagai ShopeePay.

Di awal pengenalan, penggunaan eWallet ShopeePay ini terhad bagi pembelian dalam platform Shopee sahaja dimana pihak Shopee sangat kerap memberikan baucar “Free Shipping” untuk pengguna yang membayar menggunakan eWallet mereka.

Pada masa ini, penggunaan ShopeePay telah diperluaskan lagi dimana eWallet ini juga boleh digunakan untuk membuat pembayaran di kedai-kedai yang menyediakannya.

CARA AKTIFKAN SHOPEEPAY

  1. Anda perlu buka aplikasi Shopee anda. Sekiranya anda belum memuat turun aplikasi Shopee ke telefon pintar anda, sila muat turun terlebih dahulu.
  2. Di halaman depan Shopee, klik logo Shopee (berbentuk dompet) yang terletak di bawah kotak carian.
  3. Klik butang “Activate ShopeePay“.
  4. Sekiranya ingin melengkapkan proses pengaktifan, anda perlu melengkapkan maklumat peribadi seperti nama penuh dan juga nombor kad pengenalan.
  5. Anda perlu tanda pada kotak persetujuan Terma dan juga Syarat.
  6. Klik butang Next.
  7. Kemudian anda perlu tetapkan PIN 6 digit untuk pengesahan sewaktu pembayaran. Setiap kali membuat pembayaran dengan menggunakan ShopeePay, anda mestilah memasukkan PIN ini yang berfungsi sebagai langkah keselamatan sekiranya akaun Shopee anda digodam.

CARA NANIK TARAF KE AKAUN PREMIUM

Untuk pengetahuan anda, setelah selesai melengkapkan langkah-langkah seperti di atas, akaun Basic ShopeePay anda telahpun diaktifkan.

Namun demikian, anda boleh menaik taraf secara percuma ke akaun Premium yang telah memberikan lebih banyak lagi kelebihan dan juga manfaat antaranya had transaksi yang lebih besar dan banyak lain-lain lagi.

Untuk menaik taraf ke akaun Premium, anda mestilah membuat verifikasi akaun dengan memuat naik gambar MyKad anda bahagian depan dan juga belakang.

Bagi tempoh pengesahan ini hanya mengambil masa selama 24 jam dan setelah berjaya, akaun anda dengan secara automatik akan dinaiktaraf ke akaun Premium.

CARA TOPUP KREDIT DI SHOPEEPAY

Sekiranya ingin menggunakan ShopeePay, anda terlebih dahulu hendaklah memastikan akaun eWallet anda mempunyai kredit untuk digunakan.

Jika ingin topup kredit, anda boleh menggunakan kredit kad, kad debit, membuat transaksi di 7 Eleven atau menggunakan kemudahan perbankan internet sahaja.

  1. Anda perlu buka aplikasi Shopee.
  2. Klik pada ShopeePay di muka utama Shopee (logo berbentuk dompet).
  3. Klik pada menu “Top Up”.
  4. Ada boleh pilih jumlah top up yang anda inginkan seperti 5, 10, 20, 50, 100 dan 500 atau anda boleh masukkan sahaja sebarang jumlah yang ingin tambah ke akaun anda.
  5. Lalu lengkapkan proses top up dengan memilih cara pembayaran dengan menggunakan kad debit, kad kredit, online banking dan lain-lain lagi.

CARA MENGELUARKAN WANG DARI AKAUN

Terdapat fungsi yang terbaru daripada pihak Shopee yang membolehkan pemilik akaun untuk memindahkan wang dari eWallet mereka ke mana-mana akaun bank untuk dikeluarkan sebagai wang tunai.

  1. Anda Perlu buka aplikasi Shopee
  2. Klik masuk ke ShopeePay di muka utama Shopee.
  3. Klik pada menu “Withdraw
  4. Masukkan maklumat bank anda – Nama Bank, Nombor Akaun dengan Nama Penuh anda.

Leave a Comment