Tawaran Bagi Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022

Makluman mengenai Tawaran Permohonan Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK kini telah dibuka.

Bagi Pelajar kelahiran Kelantan yang telah mendapat tempat di Institut Pengajian Awam atau pun Swasta telah dialu-alukan untuk memohon.

Program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK adalah merupakan program penajaan yang berbentuk biasiswa kepada pelajar yang sudah mendapat tempat di IPTA atau IPTS sama ada di semester pertama atau pun seterusnya.

Tujuan bagi program ini digerakkan adalah untuk membantu para pelajar melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pengajian di IPT Dalam Negara.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Untuk makluman anda, tawaran ini akan dibuka sehingga 30 Aprill 2022.

BIDANG PENGAJIAN

Program biasiswa ini telah dibuka kepada mana-mana bidang pengajian yang bermanfaat kepada para pelajar.

Namun demikian, bidang perubatan tidak menjadi keutamaan untuk melayakkan pelajar bagi mendapatkan program biasiswa ini.

SYARAT KELAYAKAN

Untuk pengetahuan para pelajar yang berminat untuk memohon mestilah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  • Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM.
  • Warganegara Malaysia yang lahir dan bermastautin tetap di Kelantan.
  • Terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima zakat.
  • Melepasi had kifayah yang telah ditetapkan oleh pihak MAIK.
  • Tidak mendapat tajaan atau bantuan kewangan daripada badan penaja yang lain.
  • Berumur tidak boleh melebihi 25 tahun pada tarikh permohonan.
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi tempatan (keutamaan kepada IPTA).

Syarat Khusus

Terdapat syarat khusus yang mestilah dipenuhi oleh pelajar bergantung pada peringkat pengajian:

i) Sijil Kemahiran

  • SKM yang telah diiktiraf oleh MLVK mestilah sekurang-kurangnya telah/sedang menduduki tahap 2.
  • Sijil Kemahiran lain perlu sekurang-kurangnya lulus SPM.

ii) Diploma

  • PNGK 3.5 pada semester 1 dan seterusnya.
  • Berkelulusan SPM sekurang-kurangnya gred 3A (tiada gred C dan ke atas ) 7 kredit.

iii) Ijazah Sarjana Muda

  • PNGK 3.0 ke atas pada semester 1 dan seterusnya.
  • Diploma PNGK 3.5 ke atas.
  • STPM dengan sekurang-kurangnya PNGK 3.0 ke atas.
  • STAM yang setara dengan STPM.
  • Matrikulasi/Asasi Sains/Asasi Universiti berkenaan sekurang-kurangnya PNGK 3.0.

CARA MEMOHON

Kepada pelajar yang berminat boleh mengikuti langkah-langkah permohonan seperti yang berikut:

  • Pelajar perlu layari portal permohonan iaitu di http://eagihan.e-maik.my/.
  • Pilih jenis bantuan lalu masukkan no kad pengenalan pelajar.
  • Klik butang ‘Semak Kelayakan.’
  • Pelajar perlu masukkan jumlah pendapatan ibu dan bapa pemohon dan klik butang ‘Semak.’
  • Lengkapkan permohonan dengan lengkap.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Hantar permohonan tersebut.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Untuk makluman dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik oleh pemohon adalah seperti yang berikut:

  • Salinan Surat Beranak dan juga Kad Pengenalan pemohon/pasport (sekiranya berkaitan).
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu bapa/penjaga.
  • Surat Beranak/Mykid/Kad Pengenalan tanggungan ibu bapa/penjaga.
  • Slip gaji/pencen/surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga (sekiranya tidak bekerja/bekerja sendiri).
  • Sijil/Slip keputusan peperiksaan SMU, SPM, STAM, STPM/keputusan peperiksaan terakhir (bagi yang sedang menuntut di Institusi Pengajian).
  • Salinan Surat Tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian (SKM/Diploma/Ijazah Dalam Negara)/Surat Pengesahan pengajian terkini.
  • Salinan sijil-sijil kegiatan luar/ko-kurikulum.
  • Salinan sijil-sijil yang berkaitan.
  • Salinan penyata akaun bank.
  • Borang pengesahan maklumat pemohon.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program Biasiswa Zamalah Pendidikan MAIK, anda boleh hubungi di talian 09-7421519 atau menghantar email ke [email protected]

Leave a Comment