Biasiswa MyBrainSc: Permohonan Biasiswa Tahun 2022

Untuk makluman anda, berita baik bagi anda yang ingin melanjutkan pengajian, permohonan biasiswa MyBrainSc 2022 kini telah dibuka.

Berikut kami akan kongsikan maklumat lanjut berkaitan dengan biasiswa MyBrainSc 2021 ini.

PENGENALAN BIASISWA MYBRAINSC 2022

Untuk pengetahuan anda, biasiswa MyBrainSc terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama serta Pasca Ijazah (Ijazah Sarjana dan juga PhD) secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan juga Matematik di Universiti Awam (UA), Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan universiti terkemuka luar negara.

Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) lalu menghasilkan saintis-saintis muda yang berani menyahut cabaran serta dapat menghasilkan cendekiawan yang bertaraf dunia dan akhirnya diiktiraf sebagai Nobel Laureate.

Baca Juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

OBJEKTIF PROGRAM BIASISWA MYBRAINSC

  • Dapat melahirkan tenaga pengajar dalam bidang sains tulen yang mencukupi untuk menampung keperluan UA.
  • Dapat menggalakkan pelajar cemerlang menceburi bidang sains tulen bagi melahirkan masyarakat yang inovatif dan juga berkepakaran tinggi.
  • Melahirkan saintis rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dan juga layak menerima pengiktirafan tertinggi seperti Nobel Laureate.
  • Menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub kecemerlangan pendidikan (center of academic excellence) di pentas dunia dan seterusnya dapat mencapai status pendidikan bertaraf dunia.

BIDANG PENGAJIAN

  • Fizik
  • Biologi
  • Kimia
  • Matematik

TARIKH MEMBUAT PERMOHONAN

Permohonan telah dibuka mulai pada 15 Mac 2022 sehingga 14 April 2022.

SYARAT PERMOHONAN

Syarat bagi permohonan MyBrainSc 2022 adalah berdasarkan dengan tahap pengajian iaitu:

i) Kedoktoran (PhD)

  • Calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2023.
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Sarjana dan sekurang-kurangnya PNGK 3.75 di peringkat Ijazah Pertama dan ke atas atau Kelas Pertama atau setara dengannya dalam bidang sains tulen.
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia untuk melepaskan ikatan kontrak sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta lalu bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana akan dipertimbangkan namun mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan sepenuh masa.
  • Calon yang sedang mengikuti pengajian PhD atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara akan dipertimbangkan berdasarkan dengan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

ii) Sarjana

  • Calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak melebihi 28 tahun pada 1 Januari 2023.
  • Calon telah mendapat keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang sains tulen iaitu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.75 ke atas atau Kelas Pertama dan mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan penuh.
  • Calon tidak mempunyai sebarang ikatan kontrak dari mana-mana penaja semasa di peringkat pengajian terdahulu atau pihak penaja bersedia melepaskan ikatan kontrak sekiranya ditawarkan biasiswa ini.
  • Calon yang sedang berkhidmat di mana-mana sektor awam atau swasta dan bersedia untuk melepaskan jawatan sekiranya di tawarkan biasiswa ini.
  • Mod pengajian mestilah dalam mod penyelidikan dan juga sepenuh masa.
  • Calon sedang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana atau telah mendapat tempat mengikuti pengajian dalam bidang sains tulen sama ada di dalam negara atau luar negara berdasarkan senarai universiti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

iii) Ijazah Pertama

  • Calon mestilah warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada 1 Januari 2023.
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.60 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4A dalam A Level.
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asassi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, Skala 1180/1600 untuk semua ujian dalam SAT, 40/45 IB Diploma dan A-Level.
  • Pelajar yang belum lagi menerima sebarang biasiswa/tajaan/ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Permohonan telah dibuka mulai pada 15 Mac 2022 sehingga 14 April 2022.
  2. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal KPM di https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/.
  3. Permohonan mestilah dibuat secara dalam talian sepenuhnya dengan klik menu LOG MASUK di atas, dan mendaftar sebagai pengguna sistem. Permohonan secara manual tidak akan diproses.
  4. Pemohon perlu memastikan rancangan penyelidikan (proposal) telah dipersetujui lalu disahkan oleh penyelia/bakal penyelia bagi peringkat pengajian Sarjana dan PhD.
  5. Pemohon mestilah bebas daripada senarai hitam Pinjaman Tabung Pelajaran Tinggi Negara (PTPTN) atau Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP).
  6. Semua dokumen sokongan yang telah disertakan perlu diimbas (scan) dari dokumen asal lalu disimpan dalam format imej (JPEG) atau PDF dan perlu dimuatnaik dalam sistem permohonan atas talian ini. Dokumen yang diambil menggunakan kamera tidak akan diterima.
  7. Sekiranya tiada dokumen asal, pelajar boleh mengimbas dari dokumen salinan photostat tetapi dokumen tersebut mestilah diakui sah oleh pegawai Kerajaan/badan berkanun dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 dan ke atas)/Penggawa/Ketua Kampung/Ketua Masyarakat.

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik adalah seperti yang berikut:

i) Permohonan peringkat Ijazah Pertama:

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Asasi/Matrikulasi/STPM/ IB/A-level/Diploma/SAT.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).

ii) Permohonan peringkat Ijazah Sarjana:

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada).

iii) Permohonan peringkat PhD:

  • Kad Pengenalan Pemohon (depan dan belakang).
  • Gambar berukuran passport.
  • Slip Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Transkrip penuh Ijazah Pertama.
  • Skrol Ijazah Sarjana.
  • Kertas cadangan penyelidikan (proposal) yang telah disahkan oleh penyelia.
  • Surat Tawaran Universiti (jika ada)
  • Walau bagaimanapun, sekiranya transkrip pemohon dari universiti luar negara tidak menggunakan PNGK, pemohon mestilah mengemukakan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh alma mater pemohon yang menerangkan gred universiti dan juga dokumen ini mestilah disahkan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat maklumat lanjut, sila layari laman web https://biasiswa.mohe.gov.my/MyBrainSc/ atau anda boleh rujuk Manual Pengguna di SINI.

Leave a Comment