Permohonan Pakej Perantisiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Khas Untuk Pelajat IPT B40

Permohonan Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia untuk pelajar IPT akan dibuka bermula pada pertengahan April 2022 ini. Untuk fasa pertama ‘rollout’ Pakej PerantiSiswa #KeluargaMalaysia akan dibuat seawal minggu pertama bulan Jun. Perkara ini telah diumumkan melalui siaran media terkini Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM). Dengan melalui pakej tersebut, satu peranti tablet akan diberikan kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Permohonan Pakej Perantisiswa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membantu dalam menyelaras pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia khusus bagi pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.

Pengenalan pakej yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022 pada baru-baru ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan bagi memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti serta akses Internet pada kos yang berpatutan.

Baca Juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang telah diumumkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) secara rasmi hari ini.

Inisiatif Perantisiswa 1

Perantisiswa 1

PENGENALAN PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA

Untuk pengetahuan anda Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Tujuan ini, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira sebanyak RM65 juta.

Program ini telah dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara.

Pakej ini tertakluk kepada terma serta syarat yang akan telah ditetapkan.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Untuk makluman anda mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang telah mempunyai purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850 layak untuk memohon inisiatif ini.

Inisiatif ini akan melibatkan semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan juga ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Permohonan Pakej Peranti 1

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Untuk masa ini, syarikat telekomunikasi yang terlibat adalah seperti yang berikut:

  • Celcom Axiata Berhad (Celcom).
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi).
  • Maxis Berhad (Maxis).
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile).
  • Telekom Malaysia Berhad (TM).
  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

TARIKH PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN PAKEJ PERANTISISWA

Tempoh pendaftaran dan juga permohonan untuk pakej ini akan bermula pada pertengahan April 2022.

Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan akan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022, seterusnya akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022.

Pihak IPT akan diberikan taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk pelancaran pelaksanaan inisiatif ini.

Maklumat lanjut akan dikongsikan dalam masa yang terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Soalan Lazim Pakej ini telah disertakan dalam lampiran di bawah:

1. Apakah maksud Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia?
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan satu inisiatif Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi yang terpilih untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

2. Siapakah yang layak untuk mendapatkan tawaran pakej ini?
Kepada pelajar IPT sepenuh masa dari keluarga B40 layak untuk mendapatkan tawaran pakej ini.

3. Syarikat telekomunikasi manakah yang terlibat dalam menyediakan pakej ini?
Pada masa ini, syarikat telekomunikasi yang telah terlibat adalah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), Maxis Berhad (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan juga YTL Communications Sdn Bhd (YES).

4. Pada bilakah pendaftaran akan bermula?
Tempoh pendaftaran dijangka akan bermula pada April 2022. Untuk pelaksanaan pula bermula pada bulan Jun 2022.

NOTA: Soalan-soalan lazim ini dikemas kini pada 1 November 2021 dan juga tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Anda boleh rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang terkini.

Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan