Daikin Malaysia: Tawaran Bekerja Sambil Belajar Untuk Lepasan SPM

Maklumkan mengenai Tawaran Bekerja Sambil Belajar di Daikin Malaysia khusus buat Lepasan SPM

Sukacita dimaklumkan kini Daikin Malaysia telah membuka peluang kepada lepasan SPM untuk menyertai program bekerja sambil belajar untuk yang berminat bagi menceburkan diri dalam bidang automasi.

Dengan Menerusi Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), peserta akan berpeluang untuk turut serta dalam program bidang Automasi Industri, MC-091-3-2016 (Akreditasi di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia).

Program Belajar Sambil Bekerja 1

BUTIRAN PROGRAM SLDN

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan butiran program SLDN anjuran Daikin Malaysia adalah seperti yang berikut:

  • Program kerja sambil belajar yang telah ditaja sepenuhnya.
  • Kursus SLDN Automasi Industri.
  • Sijil SKM Tahap 2 dan Tahap 3 yang telah diperakukan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Purata gaji bulanan RM 1,500 termasuk dengan OT, elaun makan dan juga elaun shift.
  • Kelayakan cuti tahunan.
  • RM 2,000 insentif tamat program selepas tamat sijil SKM Tahap 3 * Tertakluk kepada terma dan syarat.

SYARAT KEMASUKAN

Berikut adalah merupakan syarat-syarat yang perlu ditepati oleh pemohon sekiranya ingin menyertai program ini:

  • Lulus SPM dengan syarat wajib lulus 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan lulus sama ada atau (subjek Matematik/Sains).
  • Calon berusia antara 18 hingga 25 tahun.
  • Mempunyai rekod disiplin yang bersih.
  • Berminat untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja.
  • Komited untuk sempurnakan program yang berlangsung selama 24 bulan.
  • Berminat dengan mesin dan elektronik.
  • Sihat tubuh badan.

CARA MOHON

Kepada pemohon yang berkelayakan boleh lakukan pendaftaran secara atas talian sebelum 15 April melalui pautan yang berikut:

Borang Permohonan Kemasukan ke Program SLDN Daikin Tahun 2022 DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Sekirany ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai program bekerja sambil belajar di Daikin, anda boleh hubungi pihak Daikin melalui salah satu saluran berikut:

Norazlin:

Asraf:

Emel: [email protected]
Telefon: 03-61458623

Leave a Comment