Kereta : 5 Penyebab Aircond Kereta Kurang Sejuk

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

5 Penyebab Aircond Kereta Kurang Sejuk

5 Penyebab Aircond Kereta Kurang Sejuk
5 Penyebab Aircond Kereta Kurang Sejuk

Zaman sekarang ni di Malaysia, cuaca di sekitar kita ada yang mencecah 40 darjah celcius. Kena pula kereta kalau berjemur lama dibawah panas matahari, terasa macam dalam oven.

Bila aircond kenderaan dah start tak sejuk/kurang sejuk betul-betul menduga kesabaran dan buat hilang mood nak ke mana-mana. Jadi, aircond tak sejuk/kurang sejuk ni sebenarnya sebab apa?

Mari kita terokai apa dia yang jadi penyebab aircond kereta dah mula kurang sejuk atau pun terus tak sejuk tak macam awal-awal beli kereta dulu sejuk betul aircond!

 

5 Penyebab Aircond Kereta Kurang Sejuk
5 Penyebab Aircond Kereta Kurang Sejuk

Penyebab Aircond Kereta Tidak Sejuk/Kurang Sejuk

1. Merokok/Vape

Hisap rokok/vape dalam kereta akan menjejaskan sistem aircond kereta anda kerana di dalam rokok terkandung bahan-bahan yang merbahaya yang akan menyebabkan kereta anda berbau busuk.

Bahan-bahan berbahaya tersebut akan melekat pada permukaan dalaman kenderaan anda yang akhirnya akan diserap masuk ke dalam sistem aircond anda dan menyebabkan filter aircond kenderaan anda tersumbat.

Dan apabila filter aircond kenderaan tersumbat, iannya secara tidak langsung sistem penyejukkan tidak dapat berfungsi dengan baik dan optimum dan melambatkan penyejukan dalam kereta anda.

image 2024 05 06 125907957

2. Buka Aircond Sambil Buka Tingkap

Ini ramai yang biasa buat kan? Pemandu kebiasaanya akan membuka tingkap dan aircond secara serentak untuk menyejukkan kenderaan sambil membuang angin panas dalam kenderaan . Perbuatan ini tidak salah, namun harus berhati-hati. Jika tingkap dibiarkan terbuka terlalu lama, sistem aircond kenderaan anda akan bekerja lebih keras untuk menyejukkan dalam kenderaan anda.

Kompressor aircond akan terus hidup untuk menyejukkan kenderaan anda. Dan semakin lama anda membuka tingkap kenderaan , semakin lamalah juga waktu yang diambil untuk kompressor aircond untuk menyejukkan kenderaan anda seterusnya membuat jangka wear and tear kompressor anda semakin cepat rosak.

Pastikan anda hanya membuka tingkap pada waktu yang singkat agar suhu dalam kenderaan anda kekal sejuk.

image 2024 05 06 130633667

3. Alternator Kereta Rosak

Ramai yang terlepas pandang mengenai alternator kereta ni kerana ianya terletak dalam bonet depan yang jarang orang nak periksa keadaannya. Untuk yang tidak tahu, alternator adalah sebuah komponen penting dalam kenderaan yang berfungsi sebagai penjana kuasa elektrik. Ia menghasilkan tenaga elektrik yang diperlukan untuk menghidupkan aksesori kenderaan seperti lampu, sistem pendingin udara, dan segala yang menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi.

Sekiranya alternator tidak berfungsi dengan baik, kenderaan akan mengalami masalah aircond yang tidak sejuk, lambat sejuk, atau kadang kenderaan anda pun tak hidup langsung.

Alternator biasanya akan diservis setiap 30,000km – 50,000km mengikut jenama. Pastikan ketika kenderaan anda sudah mencapai bacaan 30,000km, lakukanlah pemerikasaan keadaan alternator kenderaan. Kalau dibiarkan, alternator akan rosak dan sudah tentu kos untuk menggantikan akan lebih tinggi.

image 2024 05 06 132738891

BACA JUGA ======== PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

4. Pewangi Kereta

Pewangi juga boleh membuat sistem aircond anda rosak sama seperti merokok dan juga vape. Ini kerana ada beberapa jenis pewangi yang tidak sesuai untuk digunakan di dalam kenderaan kerana ianya akan membuat filter aircond kenderaan anda tersumbat.

Pastikan anda hanya menggunakan pewangi yang dicipta khas untuk diguna dalam kenderaan. Ramai orang yang letak pewangi bilik di dalam kenderaan kerana mahukan wangian yang lebih lama. Tetapi perbuatan tersebutlah yang akan menyebabkan filter aircond lebih cepat tersumbat. Sila elakkan untuk letak pewangi bilik di dalam kenderaan anda.

Pewangi Kereta Viral Tahan 3 Bulan

image 2024 05 06 133448002

5. Tidak Servis Aircond

Sebenarnya banyak masalah yang berkaitan dengan aircond kenderaan ni dapat dielakkan sekiranya anda rajin untuk servis aircond kenderaan anda. Pihak pusat servis kebiasaannya akan membuat semakan keadaan sistem aircond anda sama ada perlu ditukar atau sekadar diservis sahaja.

Pastikan anda menghantar kenderaan anda untuk diservis pada waktunya, dan kebiasaannya untuk servis aircond adalah sekitar 30,000km – 50,000km. Tak perlu  selalu pun servis aircond ni. Lebih lagi jika anda pandai menjaga kenderaan .

image 2024 05 06 134007528 

Semoga perkongsian ini dapat menambah ilmu mengenai kesihatan dan penjagaan kenderaan anda.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN : 1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. 2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment