Panduan Tebus Semula Sijil SPM Yang Hilang Secara Online Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

Sijil SPM

Cara dapatkan semula sijil SPM yang hilang secara online dengan mudah. Tahukah anda, jika sijil SPM (Sijil Pepeperiksaan Malaysia) anda tercicir atau hilang, anda boleh mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia hanya secara online sahaja.



Perkhidmatan ini telah pun dibuka dalam talian sejak 1 Februari 2021.

Baca Juga :

Isi Kandungan

Cara Dapatkan Sijil SPM Hilang Secara Online


Berikut adalah cara untuk mendapatkan salinan keputusan dan terjemahan :

  1. Layari laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/
  2. Tekan bahagian Perkhidmatan.
  3. Pilih Salinan Keputusan.
  4. Kemudian anda boleh memilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.
  5. Isi No. Kad Pengenalan Anda.
  6. Tekan Papar Borang Permohonan.
  7. Isikan semua maklumat yang diperlukan
  8. Tekan MOHON.
  9. Selepas membuat permohonan, anda boleh menyemak status permohonan anda di halaman utama.

*Caj akan dikenakan untuk setiap permintaan untuk salinan keputusan dan terjemahan.

Tempoh Pengeluaran Salinan Sijil SPM




Di bawah dikongsikan tempoh untuk mengeluarkan salinan penyata dan terjemahan setiap sijil :

  • SPM pada/ selepas tahun 1994 – satu (1) jam.
  • SPM pada/ sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari bekerja.
  • PMR pada/ selepas tahun 1998 – satu (1) jam.
  • PMR pada/ sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.
  • Peperiksaan lain (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, dll.) – tujuh (7) hari bekerja.

Maklumat Tambahan



Jika anda ada masalah dan pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh terus ke bahagian Soalan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

Semoga maklumat ini memberi kemudahan dan manfaat kepada anda.

Sumber : Portal Malaysia

Leave a Comment