Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 (SBBS): Syarat Kelayakan & Cara Memohon

Makluman mengenai Skim Sumbangan Bantuan Persekolahan 2022 khusus untuk anak-anak ahli koperasi tentera (KT).

Berikut kami akan kongsikan maklumat lanjut mengenai skim ini untuk makluman bersama.

PENGENALAN SKIM SUMBANGAN BAKTI BANTUAN PERSEKOLAHAN 2022

Bantuan Persekolahan Koperasi Tentera 1

Untuk pengetahuan anda, Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) merupakan skim kebajikan yang telah diberikan kepada anggota KT bagi meringankan perbelanjaan untuk persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan.



SYARAT KELAYAKAN

  • Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  • Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  • Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  • Untuk permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak untuk diterima.
  • Gaji pokok/ pencen bawah dari RM5,000.
  • Minimum hanya 3 orang anak yang bersekolah rendah/ menengah sahaja.

TARIKH PERMOHONAN




Buat makluman anda, permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 September 2022.

CARA MOHON

  • Anda boleh mendapatkan borang permohonan SBBS 2022 di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau borang juga boleh didapati dengan cara muat turun borang di pautan https://bit.ly/3vpZUas
  • Permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:
      • Koperasi Tentera
        Wisma Koperasi Tentera
        No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
        53000 Kuala Lumpur
        (Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan).



DOKUMEN SOKONGAN

PEMOHON (ANGGOTA KT):

  • Salinan MyTentera (Anggota ATM).
  • Salinan MyKad (Awam/ Pesara).
  • Salinan Penyata Gaji Yang Terkini (Awam/ Anggota ATM).
  • Salinan Penyata Pencen/ Bank Terkini (Pesara)/ Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri.
  • Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota.

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/ MENENGAH SAHAJA):

    • Salinan MyKad/ MyKid/ Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/ menengah sahaja).
    • Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/ Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan untuk mengesahkan status anak angkat/ anak tiri.




NOTA PENTING:

  • Anda perlu pastikan borang yang telah diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi sebarang kegunaan menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/ emel/ faks boleh diterima.

MAKLUMAT LANJUT



Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022, anda boleh hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran dengan anda.

Leave a Comment