Bantuan Perayaan Khas RM500 Untuk Rakyat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Perayaan Khas RM500.

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengalu-alukan sekiranya kerajaan memberikan bantuan perayaan khas kewangan

kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, sempena sambutan Aidilfitri pada April nanti.

Presidennya Datuk Dr Adnan Mat berkata bantuan berkenaan yang kelazimannya diberikan setiap tahun,

wajar diteruskan sebagai tanda penghargaan kepada semua penjawat awam, sekali gus meringankan beban mereka dalam membuat persiapan menyambut perayaan itu.

Bantuan perayaan khas

Isi Kandungan

Baca Juga:

“Kita berterima kasih untuk pemberian Bayaran Insentif Awal RM2,000 untuk penjawat awam baru-baru ini, yang sedikit sebanyak memberikan

kelegaan kepada anggota perkhidmatan awam bagi membuat perbelanjaan awal sekolah, Ramadan dan mungkin sebahagian untuk raya.

Bantuan Perayaan Khas RM500 & RM250

“Namun, jika kerajaan rasa ada keperluan untuk sedikit tambahan dalam bentuk bantuan perayaan seperti mana lazim diberikan setiap tahun

dan tidak pernah tidak beri, mungkin tradisi sama boleh dikekalkan, kita alu-alukan, tetapi CUEPACS tidaklah mendesak.

“Kerajaan biasanya memberikan bantuan perayaan sebanyak RM500 kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara. Menurut beliau, mengekalkan jumlah bantuan yang sama adalah sesuatu yang baik. Kenyataan ini dibuat selepas beliau menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan bersama CUEPACS yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di Seremban hari ini.

Sementara itu, Adnan berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial,

perlu mencadangkan kepada kerajaan pada 25 Mac ini bentuk kebajikan yang sesuai untuk penjawat awam akan datang.

Tiga Agensi Diminta Beri Cadangan

Beliau mencadangkan agar kerajaan mempertingkatkan skim caruman KWSP bagi majikan dan pekerja dengan kadar yang sesuai, sekurang-kurangnya 26 peratus dari gaji asas bagi penjawat awam yang baru.

“Tiga agensi ini diminta buat cadangan lebih baik daripada skim (pencen) yang ada pada hari ini dan CUEPACS yakin cadangan akan datang, lebih sesuai untuk generasi ketika itu. Kita mahu penambahbaikan, sebab itu prinsip kita ialah mendapat ‘tidak kurang faedahnya’ (daripada skim pencen).

Bantuan perayaan khas

“Ada dalam kalangan orang ramai yang berpendapat KWSP lebih baik, sebab boleh menstruktur kewangan sendiri, urus sendiri dan tahu

bagaimana nak urus, jadi tak ada masalah untuk mereka dan kerajaan mungkin boleh tingkatkan bentuk caruman itu,” katanya.

Justeru, beliau berkata penjawat awam akan datang tidak perlu merasa gusar dan yakin bahawa majikan iaitu kerajaan amat prihatin dengan nasib penjawat awam, sekali gus memastikan mereka juga akan mendapat faedah lebih baik.

Sumber : MalaysiaKini

Leave a Comment