CTOS Tidak Ada Kuasa merumus ‘Kredit Skor’ Individu

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

CTOS Tidak Ada Kuasa merumus ‘Kredit Skor’ Individu Bayar Plaintiff RM200,000

Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa tiada akta yang diperuntukkan CTOS untuk merumus credit score dari pihak mereka sendiri.

 

Keputusan ini dibuat rentetan dari kes diantara seorang pengusaha Pusat Peranginan di Pulau Perhentian yang ingin membuat pinjaman kereta. Namun, permohonan pinjaman tersebut telah ditolak akibat rumusan kredit skor yang tidak tepat dari pihak CTOS kepada pihak bank.

image 2024 03 15 145650193



Menurut pihak defendan, plaintiff mempunyai satu rekod hutang dengan WEBE namun pihak plaintiff menafikan perkara tersebut dan menyatakan kepada pihak CTOS terdapat kesalahan pada laporan kredit skor yang mereka telah keluarkan kepada bank.

 

Plantiff akhirnya membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana merasakan pihak defendan tidak bertanggungjawab tentang kesahihan rumusan kredit skor sebelum di hantar kepada pihak bank.

 

Apa Itu CTOS

image 2024 03 15 145816181

CTOS merupakan sebuah organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan rumusan kredit skor seseorang individu kepada pelanggan mereka. Rumusan ini digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk tentukan kelayakan kredit pemohon, sama ada individu atau syarikat.

 

Maklumat yang terkandung dalam rumusan CTOS dikumpulkan dari pelbagai sumber awam seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), notis dari akhbar, penerbitan prosiding undang-undang, dan warta kerajaan.

 

Antara maklumat yang institusi kewangan yang boleh disemak melalui rumusan adalah:
  • Status muflis
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan dan maklumat perniagaan

 

Keputusan Mahkamah

Menurut Hakim Datuk Akhtar Tahir, CTOS hanya diberi kuasa untuk menjadi penyimpan maklumat kredit individu kepada pelanggannya. Menurut Hakim lagi, CTOS tidak mempunyai peruntukan dalam Akta Agensi Penerbitan Kredit 2010 (CRAA) yang memberikan kuasa kepada CTOS untuk merumuskan skor kredit atau mencipta kriteria atau peratus untuk merumuskan skor kreditnya sendiri.

 

Pihak defendan telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 kepada pihak plaintiff atas rumusan kredit yang tidak tepat yang menyebabkan beliau mengalami kerugian perniagaan, kerugian prestasi dan juga peribadi dan RM50,000 sebagai bayaran guaman.

image 2024 03 15 145919134




Rentetan dari keputusan mahkamah ini, ramai di kalangan netizen telah menyatakan kegusaran mereka mengenai keabsahan rumusan kredit skor yang dikeluarkan oleh pihak CTOS. Ramai juga yang merungut kerana ada diantara mereka yang pernah membuat permohonan pinjaman kewangan tetapi ditolak oleh bank akibat dari kredit skor yang tidak baik.Tidak mustahil di masa akan datang, kes ini akan menjadi kes precedent sekiranya ada individu yang telah disalahrumus kredit skor mereka lagi.

 

BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

 

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment