Tawaran Bantuan Pendidikan MUIS Khusus Untuk Pelajar Negeri Sabah ~ Mohon Sekarang!

Makluman mengenai tawaran Bantuan Pendidikan MUIS untuk pelajar Sabah kini telah dibuka bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi dalam negara.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kini telah membuka permohonan untuk membantu pembiayaan pelajar dalam pembelian tiket penerbangan sehala serta yuran pendaftaran awal.



Peringkat pengajian yang layak untuk mohon

Peringkat pengajian yang layak untuk menerima bantuan yang ditawarkan adalah:

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Notis Makluman 1

SYARAT UMUM

Kepada pelajar yang berminat untuk memohon mestilah memenuhi syarat umum seperti berikut:




  • Pelajar merupakan penduduk asal Negeri Sabah.
  • Pelajar merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin tetap.
  • Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

CARA MOHON

Permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan menerusi langkah berikut:



  1. Anda boleh layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
  2. Klik pada bahagian “Log Masuk”.
  3. Klik bahagian “Daftar Sekarang”.
  4. Anda perlu masukkan no kad pengenalan lalu klik butang “Pengesahan”.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “Daftar”.
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan juga kata laluan anda.
  7. Anda mestilah membuat pendaftaran sehingga selesai.
  8. Hantar dokumen yang diperlukan ke email yang barikut [email protected]

MAKLUMAT LANJUT




Sekiranya ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS, anda boleh hubungi talian yang berikut 088-279 206/179.

Leave a Comment