Senarai Bantuan PKP 3.0 2021: Semak B40, M40, Bujang (Pemulih)

Untuk makluman anda, Semakan Bantuan PKP 3.0 tahun 2021 yang terbaru dan terkini dari kerajaan malaysia, semak cara daftar serta mohon bantuan duit kewangan tunai one off untuk golongan b40, m40, bujang, pks, sme, kwsp semasa total lockdown melalui pengumuman dan perutusan khas perdana menteri pada 28 Jun 2021.

Bantuan PKP 1

Ingat apabila negara melaksanakan PKP 1.0 pada Mac 2020 dan PKP 2.0 Januari 2021, wabak COVID-19 akan dapat kembali reda.

Tetapi tidak juga, dengan kemasukan varian baru dari India, Afrika tambah memburukkan lagi keadaan serangan covid-19 di malaysia. (antaranya ialah bantuan covid-19)

Kerajaan Malaysia mestilah bertindak segera bagi mengekang kes covid daripada terus meningkat naik yang boleh menyebabkan sistem kesihatan di Malaysia akan menjadi lumpuh.

Dengan pelaksanaan PKP 3.0 ini, kerajaan malaysia mahupun kerajaan negeri perlu segera menyalurkan bantuan pkp 3.0 termasuk juga untuk rakyat di Sabah, Sarawak, Labuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur KL, Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Selangor, Kedah, dan Perlis. Hal ini kerana ramai rakyat Malaysia yang susah serta bergelut dengan desakan ekonomi sekarang ini.

BANTUAN PKP 3.0 LOCKDOWN 2021 (PEMULIH ONE OFF)

Ini merupakan butiran lengkap untuk kemaskini senarai bantuan pkp 3.0 ketika negara masih lagi total lockdown melalui perutusan pengumuman tambahan perdana menteri malaysia Tan Sri Muhyiddin Yaasin pada 28 Jun 2021. Semak jadual di bawah:

KATEGORI BUTIRANNYA
Bantuan Pesara kerajaan TIADA
Bantuan penjawat awam TIADA
Bantuan moratorium (penangguhan bayaran bayaran balik pinjaman bank) Permohonan lulus segera tanpa syarat selama 6 bulan
Program Subsidi Upah PSU 4.0 RM600 sebulan untuk setiap pekerja selama 4 bulan
Bantuan one off untuk M40 RM250 one off
Bantuan one off miskin tegar RM1300 one off
Bantuan one off untuk B40 (keluarga & isi rumah) RM800 one
Bantuan pelajar sekolah
Bantuan one off untuk bujang RM500 (bujang miskin tegar)
RM200 (bujang B40)
RM100 (bujang m40)
Bantuan untuk pelajar IPT/universiti awam TIADA
Bantuan pekerja dan kakitangan swasta TIADA
Bantuan syarikat PKS & usahawan SME Bantuan GKP Tambahan 4.0 RM500 (September) & RM500 (November 2021)
Bantuan OKU RM500 sebulan selama 3 bulan
Bantuan diskaun bil elektrik tnb Rebat antara 5 hingga 40 peratus
Bantuan i sinar 2.0/i citra (pengeluaran kwsp semasa pkp 3.0) RM1000 sebulan (5 bulan maksimum)
Bantuan pengusaha kantin sekolah RM1000 one off
Bantuan untuk pengawal keselamatan TIADA
Bantuan peniaga dan penjaja kecil tepi jalan TIADA
Bantuan warga emas & orang tua boleh rujuk bantuan one off di atas
Bantuan ibu tunggal & janda ada tanggungan boleh rujuk bantuan one off di atas
bantuan untuk penganggur dan tidak bekerja (berdasar data perkeso & kwsp) RM500 one off bulan oktober
Bantuan khas Tadika dan Taska KPWKM RM3000 one off
Bantuan pengusaha futsal, dewan sukan RM3000 one off

SEMAK BANTUAN PKP 3.0 2021 PEMERKASA PLUS KERAJAAN

Di bawah ini, kami akan kongsikan senarai intipati pengumuman bantuan semasa pkp 3.0 dibawah program pemerkasa plus melalui perutusan perdana menteri termasuk juga kepada bujang, b40, peniaga, penjual gerai, pemandu teksi, bas, e-hailing.

  1. Bantuan Program Subsidi Upah Perkeso disambung semula selama tempoh 1 Bulan agar majikan tidak terjejas serta pekerja tidak akan hilang kerja.
  2. Bantuan moratorium selama 3 bulan untuk b40 yang telah hilang pendapatan ataupun anda boleh juga pilih pengurangan bayaran pinjaman bank sebanyak 50 peratus selama tempoh 6 bulan.
  3. Bantuan BPR tambahan serendah RM100 hingga RM500 dari jumlah bayaran yang diumum sebelumnya. Anda boleh dapatkan tambahan bayaran ini pada bulan Jun dan September kelak.
  4. Bantuan kepada pemandu teksi, pemandu bas sekolah, rider e-hailing, pemandu kereta sewa secara one off Rm500 semasa pkp 3.0 ini.
  5. Bantuan tambahan Geran Khas Prihatin GKP untuk usahawan serta peniaga kecil yang sudah daftar dengan ssm tetapi terjejas semasa pkp 3.0.
  6. Yang tidak mampu menyediakan makanan untuk keluarga boleh mohon bakul makanan jkm yang bernilai Rm100.

CADANGAN DARI NAJIB RAZAK

Ramai yang telah memberikan cadangan termasuk juga Datuk Seri Najib Razak agar kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan segera kepada rakyat Malaysia yang sedang terhimpit semasa pkp 3.0. Lebih-lebih lagi dengan pelaksanaan pkp 3.0 sekarang ini. Antara cadangan mereka ialah:

  • Permohonan moratorium akan dilulus secara automatik kepada semua peminjam selama tempoh 3 bulan tanpa sebarang faedah.
  • Bantuan semasa pkp 3.0 sebanyak RM500 & RM1000 secara tunai kepada yang telah terjejas termasuk usahawan, penjaja peniaga gerai kecil.
  • Bantuan Geran Perniagaan Kecil GKP sebanyak RM1,000 termasuk juga kepada pemandu teksi dan Grab yang terjejas sekarang ini.
  • Bantuan i Sinar 2.0 dan i Lestari 2.0 pada kadar yang lebih kecil berbanding versi i Sinar 1.0 dan i Lestari 1.0 dahulu. Ini pun sudah cukup untuk membantu orang ramai diluar sana.

Kerajaan Malaysia sebenarnya boleh buat semua seperti di atas untuk diberikan kepada anda semua iaitu rakyat Malaysia berdasarkan dengan pengalaman dan perkiraan Datuk Seri Najib Razak.

Walaubagaimanapun, kesemua cadangan ini hanya dapat dilakukan DENGAN SYARAT jika kerajaan Malaysia sekarang ada iltizam untuk membantu rakyat Malaysia yang sedang terjejas terus sekarang ini tanpa perlu terlalu lama untuk bertindak.

Najib Razak 1

Selain dari kerajaan Malaysia, terdapat juga beberapa kerajaan turut tidak mahu terlepas peluang untuk memberikan bantuan.

Anda boleh semak butiran serta cara memohon bantuan pkp 3.0 terkini dan terbaru semasa total lockdown mco mengikut negeri Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Pulau Pinang Penang, Perlis, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL, Labuan, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak.

SEMAKAN BANTUAN PKP 3.0 SELANGOR

PERKARA LINK PAUTAN
Borang Permohonan bantuan Bazar Ramadhan di Selangor sebanyak RM500 https://secure.selangorprihatin.com/
Tarikh Tutup 30 Jun 2021

BANTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJATA & LABUAN

Melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (MAIWP) telah mengumumkan banyak bantuan kewangan 500 untuk pkp 3.0 kali dengan jumlah wang tunai sebanyak kepada kategori yang ditetapkan seperti di bawah ini:

  • Bantuan kewangan untuk pemandu teksi, kereta sewa, limosin sebanyak Rm500.
  • Bantuan untuk pengawal keselamatan Rm500.
  • Bantuan pkp untuk peniaga pasar malam Rm500.
  • Bantuan kewangan kecemasan untuk b40, m40 yang hilang kerja & pendapatan sebanyak Rm500.
  • Bantuan tambahan secara one off untuk penerima Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM300.
  • Bantuan minyak petrol percuma untuk rider Foodpanda dan Grabfood rider di stesen Petronas yang terpilih.
  • Bantuan komputer riba & laptop percuma untuk pelajar dari keluarga asnaf.
  • Bantuan Rm500 untuk pekerja dan pengusaha kantin sekolah.
  • Bantuan RM500 untuk pengusaha van dan bas sekolah.
  • Bantuan Rm500 untuk pemandu teksi.
  • Bantuan Rm500 untuk OKU.

BANTUAN KERAJAAN MELAKA

  • Bantuan one off daripada kerajaan negeri untuk golongan B40 sebanyak RM350 seorang untuk rakyat Melaka yang layak.
  • Bantuan kit Makanan Nutrisi Sejahtera RM100 untuk b40 di Melaka.
  • Bantuan penangguhan bayaran balik pinjaman wang pengajian tinggi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM.
  • Bantuan Hari Raya Korban Aidiladha sebanyak RM200 (ketua asnaf yang layak Majlis Agama Islam Melaka).
  • Diskaun bil air Melaka sebanyak pengurangan 10 peratus.

BANTUAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

  • Dibuka sekarang borang Permohonan Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) Plus yang merupakan pinjaman mudah tanpa faedah disediakan sehingga RM15,000.
  • Bantuan one off Rm100 kepada rakyat Negeri Sembilan yang terdiri dari B40 dan M40 yang terjejas semasa PKP dan lockdown 3.0 kali ini.

BANTUAN KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

  • Pusat zakat Pulau Pinang Penang, akan memberikan bantuan makanan yang bernilai RM150 kepada penduduk rakyat pulau pinang penang yang sedang memerlukan sepanjang tempoh lockdown. Hubungi Pusat Zakat ZPP sekarang. Dalam tempoh 24 jam akan terima bantuan

BANTUAN PKP 3,0 KELANTAN

  • Melalui MAIK kelantan, akan diagihkan Bantuan kepada orang miskin di Kelantan, bantuan orang Asli Kelantan.

SEMAKAN BANTUAN PKP 3.0 TERENGGANU

  • Bantuan air percuma di terengganu selama tempoh 3 bulan semasa tempoh lockdown Jun 2021 ini.
  • Bantuan peniaga kecil, tukang rumah, penjaja kecil, peniaga pasar malam serta pasar tani terengganu, anda mohon melalui JPKK.

PAKEJ BANTUAN PKP 3.0 SABAH

  • Kepada rakyat Sabah boleh terus rujuk pengumuman rasmi bantuan terus kepada anda semasa lockdown.

BANTUAN KEWANGAN PKP 3.0 SARAWAK

Kerajaan negeri Sarawak baru sahaja melancarkan bantuan Khas Sarawak ku Sayang yang bernilai RM1.4 bilion

  • Bantuan Ketua isi rumah dapat RM250 sebulan.
  • Bantuan Bujang dalam RM600 one off.
  • Bantu
  • Bantuan diskaun bil elektrik.
  • an Diskaun bil air.
  • Dan banyak lagi.

BANTUAN LOCKDOWN PERLIS 2021

  • Kepada rakyat Perlis yang sedang memerlukan bantuan semasa pkp, boleh terus minta bantuan keperluan asas harian yang bernilai sebanyak RM50 di pusat wakil rakyat DUN masing-masing.

BANTUAN LOCKDOWN KEDAH 2021

  • Bantuan moratorium sebulan kepada penyewa premis kerajaan negeri Kedah.

BANTUAN KERAJAAN PERAK

  • Kerajaan negeri Perak baru sahaja bersetuju untuk menyalurkan beberapa semakan bantuan tambahan kepada penduduk di negeri Perak semasa perintah kawalan pergerakan terutamanya peniaga kecil, penjaja tepi jalan dan peniaga pasar malam.
  • Nantikan kemaskini berikutnya dari kami.

BANTUAN PRIHATIN PAHANG BPP

  • TERKINI, Bantuan Prihatin Pahang BPP berupa wang tunai kepada frontliner, penjaja, pemandu teksi, mangsa covid, yang kena kuarantin, golongan b40, miskin tegar, orang kurang upaya OKU dan juga warga emas/orang tua serta gelandangan di negeri Pahang.

ADAKAH PKP PENUH?

Telah dilihat kes covid terus melonjak naik di Malaysia terutamanya di Selangor, persoalannya sekarang adakah mungkin pkp penuh akan dilaksanakan atau total lockdown?

TERKINI: Akhirnya, PKP PENUH akan dilaksanakan sekarang ini.

TARIKH PKP 3.0 SAMPAI BILA DI MALAYSIA?

Kepada orang ramai diluar sana yang tertanya-tanya, pkp 3.0 disambung ataupun tidak, kalau akan sambung mco dari bila sampai bila dan tarikh akhir lockdown 2021 ini jawapan rasmi dari kerajaan Malaysia dan MKN.

Bermula dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021. Tiada tarikh akhir lockdown 2021. Namun pkp akan terus disambung dan ditamatkan sehingga kes baru turun 4000 sehari.

BANTUAN M40 SEMASA TOTAL LOCKDOWN

Dukacita telah dimaklumkan bahawa setakat hari ini, tiada bantuan m40 untuk pkp 3.0 semasa pkp atau lockdown kali ini. Belum ada lagi.

Diharapkan agar kerajaan Malaysia tidak terlepas pandang golongan ini yang turut terkesan semasa pkp 3.0

KEMASKINI BANTUAN TOTAL LOCKDOWN MALAYSIA 2021

Sementara dengan itu, sila follow group Telegram Rasmi Bantuan di bawah untuk kami kemaskini serta update terus kepada anda dari masa ke semasa info penting mengenai bantuan total lockdown Malaysia bagi tahun 2021 yang diberikan oleh kerajaan ini.

Ini juga termasuk semakan kemaskini info pakej bantuan khas kewangan one off segera waktu pkp/semasa total lockdown mco 3.0 berdasar pengumuman Perdana Menteri terkini bulan Jun 2021 seperti cara mohon & daftar, download borang permohonan semak keputusan sehingga bila tarikh duit masuk.

Anda akan jadi YANG PERTAMA MENERIMANYA!

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan