Skim Bantuan Kanak-Kanak RM1,000 Sebulan Bagi Tahun 2022

Buat makluman kepada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak jagaan yang berumur 18 tahun dan ke bawah, anda kini boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2022 (BKK) sehingga RM1000 sebulan untuk satu keluarga.

PENGENALAN BANTUAN KANAK-KANAK (BKK) 2022

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) 2022 merupakan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang telah diberikan khas untuk membantu keluarga, penjaga serta kanak-kanak untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapat jagaan yang sempurna.



Dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina binti Mohd Harun telah mengumumkan mengenai kenaikan jumlah bantuan sehingga RM1000 berbanding sebelum ini iaitu hanya RM450.

SYARAT KELAYAKAN




  • Mestilah warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (umur 18 tahun dan ke atas boleh dipertimbangkan sekiranya bersekolah sehingga menengah atas sahaja).
  • Untuk sebarang kes yang berkeperluan, layak untuk dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat sahaja.

CARA MOHON

Untuk makluman anda, berikut merupakan cara untuk memohon BKK 2022:



Secara Atas Talian (Online)

Anda boleh layari pautan http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

Secara Manual

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KETIKA HADIR KE PEJABAT JKM




  • Salinan kad pengenalan diri pemohon.
  • Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang sedang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (sekiranya ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di talian 03-8000 8000 atau anda boleh terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah anda.

Leave a Comment