PROGRAM BANTUAN IBU TUNGGAL
- Program Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera menawarkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali diberikan.
Sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal.
Isi Kandungan
Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
Syarat-syarat untuk permohonan:
- Warganegara Malaysia.
- Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
- Bercerai atau kematian suami.
- Berumur bawah 60 tahun semasa mendaftar.
- Tidak berkahwin semula.
- Sekiranya pemohon berkahwin semula, sila maklumkan kepada Pejabat Daerah. Kegagalan berbuat demikian adalah satu kesalahan dari segi syarat-syarat program ini.
Cara Pendaftaran Bantuan Ibu Tunggal iSejahtera
- Pemohon yang ingin memohon Bantuan Ibu Tunggal ini boleh mendaftar secara atas talian (online).
- Permohonan manual juga boleh dilakukan dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma. Borang ini juga boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang telah dipohon.
Bagi permohonan online, sila daftar di https://isejahtera.penang.gov.my
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran salah seorang anak.
- Salinan Kad Pengenalan Waris/ Penerima Khairat.
- Salinan Sijil Kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan.
- Salinan muka depan buku bank/penyata bank/cetakan pengesahan akaun/penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon.
- Salinan Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). KLIK DI SINI UNTUK CETAK DOKUMEN SPR
Semakan Status
- Status Pendaftaran boleh disemak melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699/5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.
Jumlah Keseluruhan Bantuan
- Bantuan Ibu Tunggal menyalurkan sumbangan wang sebanyak RM100 setahun sekali.
- Sekiranya Ibu Tunggal meninggal dunia, sumbangan wang sebanyak RM1000 secara one-off diberikan kepada waris Ibu Tunggal.
Tarikh Pembayaran
- Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada mereka yang layak.
Maklumat Lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bantuan ini, sila rujuk laman web rasmi iSejahtera di pautan berikut:
https://isejahtera.penang.gov.my/hubungi.php