Isi Kandungan
Insentif RM5000 Secara One-Off Untuk Pelajar Universiti
Selepas menamatkan pengajian di peringkat SPM, sudah pasti ramai pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti peringkat Sijil, Diploma mahupun Ijazah. Bila sebut pasal sambung belajar, benda pertama yang menjadi perbualan adalah kos yang perlu ditanggung oleh pelajar.
Bagi tahun pertama di universiti, banyak duit perlu digunakan walaupun ada banyak bantuan kewangan yang disediakan seperti pinjaman pendidikan, biasiswa, zakat dan sebagainya. Bukan semua pelajar bernasib baik mendapat tajaan biasiswa dan tak semua mampu untuk menanggung sendiri semua kos yang ada.
Bantuan Dermasiswa RM5000 Untuk Pelajar Universiti
Seperti Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dalam usaha membantu dari aspek pendidikan anak-anak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anak-anak veteran ATM, MINDEF ada menyediakan lapan inisiatif bagi meringankan beban keluarga ATM dalam menampung perbelanjaan kos pendidikan anak-anak di peringkat Universiti.
Salah satu inisiatif yang menjadi perhatian adalah Program Dermasiswa Premium berupa insentif RM5,000 yang diberikan secara “one-off” kepada anak-anak ATM dan veteran ATM yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah. Walau bagaimanapun, ada kriteria yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang ingin memohon insentif ini.
Syarat Permohonan Bantuan Dermasiswa RM5000
Syarat kelayakan untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut;
- Anda mestilah anak anggota ATM atau Veteran ATM.
- Ingin melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah yang pertama sahaja.
- Mendapat tawaran kemasukan ke universiti yang berada di kedudukan 100 terbaik dunia.
Ini serba sedikit dapat membantu keluarga ATM menampung kos pendidikan anak-anak.
Senarai Bantuan Dermasiswa RM5000 Yang Disediakan Oleh MINDEF
Terdapat enam lagi inisiatif lain yang disediakan MINDEF untuk membantu memperkasakan pendidikan keluarga ATM. Antaranya ialah;
- Pemberian Komputer Riba kepada 150 anak warga ATM, anak warga awam MINDEF dan anak veteran yang menyambung pelajaran di peringkat ijazah di IPTA.
- Program Sentuhan Elite SPM
- Skim Penabungan Anak-Anak ATM Rukun Kelima (SPARK)
- Program Penajaan Asasi Sastera Bersama UNIRAZAK
- Anugerah Kecemerlangan Pendidikan ATM
- Bantuan Kemasukan ke IPTA
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, inisiatif itu adalah sebahagian daripada pendekatan menambah baik aspek pendidikan dan kebajikan warga pertahanan. MINDEF dan ATM akan terus duduk semeja dengan para pemegang taruh supaya banyak lagi idea serta pandangan untuk menambah baik inisiatif pendidikan ATM dapat diperhalusi bersama seterusnya dilaksanakan pada masa hadapan.
Maklumat Lanjut Bantuan Dermasiswa RM5000
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia di https://www.mod.gov.my/
Layari www.triviamy.com untuk ketahui lebih banyak info bantuan kerajaan dan kerjaya sepanjang tahun 2022.
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.