Tarikh Bayaran iCitra KWSP: Jadual Pembayaran iCitra (September 2021)

Tarikh Pembayaran iCitra Kwsp: Jadual Pembayaran bulanan iCitra masuk ke akaun bank anda (bulan pertama September 2021).

Bayaran kwsp 1

Untuk pengetahuan anda siri pengeluaran kwsp i citra pada kali ini lebih mudah berbanding dengan sebelum ini. Tampak lebih teratur pada sekarang ini. Majoriti telah lulus untuk tujuan pengeluaran. Dan sekarang tibalah masanya untuk anda semak serta check bilakah tarikh bayaran kwsp i citra duit masuk ke akaun dari bulan pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (pembayaran terakhir icitra)?

Pada waktu yang cukup getir ini, duit yang ada ditangan anda sangat penting untuk diuruskan dengan cukup baik. Apa sahaja yang boleh berlaku sekarang dan pada akan datang. Dengan ketidaktentuan serangan covid-19, sangat penting untuk pengurusan kewangan dengan duit yang anda terima.

Dengan perkongsian jadual pembayaran bulan TERLENGKAP secara bulanan, yang melibatkan bayaran selama 6 bulan dapat membantu kalangan pencarum membuat perancangan dari 6 bulan akan datang.

TARIKH BAYARAN ICITRA KWSP 2021

Untuk pengetahuan anda semua tarikh bayaran icitra kwsp berbeza-beza dengan pencarum epf yang lain.

Tetapi pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memberikan jaminan akan membayar pada awal bulan seperti mana anda telah dapat pada bulan Ogos.

Contohnya, sekiranya bayaran icitra kwsp masuk dalam akaun bank anda pada 2 Ogos, pada bulan September anda dapat pada 2 September juga.

Walaubagaimanapun sekiranya akan berlaku kelewatan pembayaran akan diselesaikan pada 2 minggu pertama pada bulan tersebut, ataupun paling lewat sebelum akhir bulan kepada semua yang memohon akan menerima pembayaran. Itu janji daripada pihak KWSP.

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN ICITRA KWSP

Berdasarkan dari semakan kami, semua sudah menerima duit bayaran icitra kwsp, masing-masing sudah terima duit masuk ke akaun mereka. Payment pada bulan Ogos sudah pun selesai.

Bagi nilai RM1,000 kami pasti sekejap sahaja habis terutamanya yang sangat bergantung harap dengan duit ini. Apatah lagi yang tinggal di bandar besar serta keluarga besar. Bayar bil, bayar sewa rumah, beli barang dapur dan lain-lain lagi.

Pada masa sekarang ini sama-sama kita nantikan untuk payment bulan kedua pula. Boleh rujuk jadual di bawah ini dari masa ke semasa

BULAN TARIKH PEMBAYARAN
Bayaran Pertama bulan OGOS 2 OGOS
Bayaran kedua bulan SEPTEMBER 2 September
BULAN OKTOBER Akan dikemaskinikan
BULAN NOVEMBER Akan dikemaskinikan
BULAN DISEMBER Akan dikemaskinikan
BULAN JANUARI 2022 Akan dikemaskinikan

JADUAL PEMBAYARAN ICITRA MASUK KE DALAM AKAUN BANK

Untuk memudahkan pemegang akaun bank samada Maybank, CIMB, BSN, Bank Rakyat, Affin Bank, Agro Bank, Alliance Bank, Bank Islam, Bank Muamalat, Hong Leong, Citibank, OCBC, Public Bank, RHB, dan Ambank untuk membuat semakan bila duit pembayaran masuk ke dalam akaun, kami akan kongsikan jadual masa pembayaran/payment kwsp icitra untuk bulan September seperti di bawah ini:

BANK DUIT DIJANGKA MASUK
RHB Bermula jam 9 malam
Public Bank Bermula jam 9 malam
OCBC Bermula jam 10 malam
Citibank Bermula jam 9 malam
Hong Leong Bermula jam 10 malam
Bank Muamalat Bermula jam 6 petang
Bank Islam Bermula jam 9 malam
AM Bank Bermula jam 9 malam
Alliance Bank Bermula jam 9 malam
Agro Bank Bermula jam 8 malam
Affin Bank Bermula jam 8 malam
Bank Rakyat Bermula jam 8 malam
BSN Bermula jam 6 petang
CIMB Bank Bermula jam 9 malam
Maybank Bermula jam 10 malam

BAYARAN ICITRA GAGAL KREDIT

Jika anda mendapati terdapat masalah gagal kredit icitra anda di mana duit masih tidak masuk ke dalam akaun bank, saranan bagi kami agar boleh terus menggunakan khidmat bantuan online ‘ASK LEYA’.

Ataupun anda boleh terus hubungi hotline kwsp di nombor 03-8922 4848.

Semoga sekiranya ada masalah anda dapat diselesaikan dengan segera.

SOALAN LAZIM

1) Berapakah bayaran yang akan saya terima dari EPF?

sekiranya anda mendapat kelulusan untuk mengeluarkan sejumlah RM5000 untuk tempoh 6 bulan, bermakna anda akan terima RM1000 untuk setiap bulan.

2) Bilakah tarikh bayaran untuk bulan September?

Anda boleh rujuk jadual yang ada di atas ini.

Selamat Berbelanja

Sama-sama kita doakan agar kerajaan akan memberikan perhatian supaya jumlah pembayaran icitra akan ditambah pada masa akan datang, terutamanya kepada yang ingin menggunaklan duit bayaran kwsp ini untuk tujuan modal berniaga pada masa akan datang.

Leave a Comment