Makanan Yang Tidak Sesuai Disimpan dalam Peti Sejuk

Kongsi Artikel Ini

Menyimpan makanan dalam peti sejuk merupakan amalan lazim bagi kebanyakan orang. Namun, terdapat ‘bahaya’ tersembunyi yang mungkin tidak disedari oleh ramai, yang boleh menjejaskan kesihatan kita.

makanan

Pakar kesihatan dari Mumbai, Dr. Dimple Jangda, memberi amaran tentang empat jenis makanan yang mungkin menghasilkan toksin jika disimpan dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.



Baca Juga : Rahsia Diet Berkesan

Isi Kandungan

Makanan Tidak Sesuai Disimpan Dalam Peti Sejuk

Bawang putih, bawang besar, halia, dan nasi adalah antara makanan yang perlu diberikan perhatian khas ketika disimpan dalam peti sejuk.

Bawang Putih

makanan

Bawang putih adalah bahan mentah yang popular dalam masakan. Namun, menyimpan bawang putih yang sudah dikupas dalam peti sejuk boleh mengundang kulapuk dengan cepat, dan ini boleh menjadi berbahaya kerana ia berkait rapat dengan pelbagai penyakit, termasuk kanser.

Hal ini disebabkan oleh keasidan yang rendah, yang menyebabkannya menjadi rentan kepada Clostridium Botulinum. Clostridium Botulinum merupakan mikroorganisma patogenik yang berbahaya yang boleh menyebabkan demam dan kesakitan abdomen.

Khususnya, ia merupakan ancaman kepada individu yang berisiko tinggi seperti bayi, warga tua, atau individu dengan sistem imuniti yang lemah, dan boleh mengakibatkan kematian.




Bawang Besar

makanan

Bawang besar, apabila dipotong separuh dan disimpan dalam peti sejuk, boleh menjadi sarang bakteria tidak sihat. Oleh itu, elakkan daripada menyimpan bawang besar yang telah dipotong dalam peti sejuk.

Bawang besar apabila disejukkan, kanji akan mula bertukar menjadi gula dan mula mengumpul semua bakteria tidak sihat dan memerangkap kulapuk.

Halia

makanan

Halia juga rentan kepada pertumbuhan kulapuk apabila disimpan dalam peti sejuk. Ini boleh membawa kepada masalah kesihatan, termasuk kegagalan buah pinggang dan hati.

Nasi

makanan

Meskipun amalan menyimpan nasi yang tidak habis dalam peti sejuk adalah lazim, tetapi sebaiknya nasi tidak disimpan melebihi 24 jam. Nasi yang tidak dimasak atau dimasak tetapi disimpan dalam peti sejuk boleh mengandungi bakteria yang menyebabkan keracunan makanan.


Kepentingan Amal Keselamatan Makanan

Dengan menyedari risiko-risiko ini, penting untuk mengamalkan kebersihan dan keselamatan makanan, serta mengikuti amalan penyimpanan yang betul untuk memastikan makanan yang dimakan sentiasa selamat dan berkualiti.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment