Pelepasan Cukai – Senarai Barangan Dan Khidmat 2024

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Pelepasan Cukai – Senarai Barangan Dan Khidmat 2024

Pihak LHDN Malaysia telah pun mengeluarkan senarai beberapa barangan dan khidmat yang tidak dikenakan cukai bagi taksiran 2023. Gaji yang layak dicukai adalah mengikut negeri masing-masing.

Secara asasnya, individu yang menerima pendapatan penggajian tahunan melebihi yang melebihi RM34,000 ataupun gaji RM2,834 sebulan dan mempunyai potongan cukai bulanan layak dikenakan cukai.

Namun begitu, anda layak untuk tidak dikenakan cukai sekiranya anda mempunyai tanggungan dan juga telah pun membayar khidmat dan perkara yang berkaitan yang termasuk dalam senarai pelepasan cukai.

Berikut adalah pengiraan bagi individu yang tidak dikenakan cukai walaupun mempunyai gaji melebihi RM34,000 setahun.

image 2024 03 24 194514026



Tarikh Kemaskini E-Filing LHDN

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) telah pun mengeluarkan makluman mengenai tarikh kemaskini E-Filing bagi taksiran 2023. Orang ramai sudah boleh mula mengemaskini E-Filing taksiran 2023 masing-masing bermula 1 Mac 2024.

Pembayar cukai boleh membuat persediaan dengan mengumpulkan dokumen penting seperti :

  • invois
  • penyata gaji pendapatan
  • resit-resit
  • dan lain-lain dokumen yang perlu

 

Penting : Bagi pembayar cukai kali pertama, anda perlulah terlebih dahulu mengaktifkan Sijil Digital Individu melalui portal rasmi LHDN ataupun melalui aplikasi telefon pintar

Tarikh Kemaskini E-Filing LHDN
Tarikh Kemaskini E-Filing LHDN

Senarai Pelepasan Cukai 

Berikut adalah senarai yang dikeluarkan oleh pihak LHDN bagi pelepasan cukai taksiran tahun 2023 mengikut 4 katagori utama iaitu :

1. Pelepasan Cukai Peribadi

  • Mempunyai tanggungan seperti anak/adik beradik/ibu bapa – sehingga RM9,000
  • Yuran pendidikan peribadi – sehingga RM7,000
  • OKU – sehingga RM6,000
  • Pasangan OKU – sehingga RM5,000

 

2. Sumbangan

  • PERKESO(SOCSO) – sehingga RM350
  • Insuran peribadi & KWSP – sehingga RM7,000
  • Skim Pencen – sehingga RM3,000
  • Skim Simpanan Pendidikan(SSPN) – sehingga RM8,000
  • Insuran Pendidikan & Kesihatan – sehingga RM3,000

 

3. Cara Hidup

  • Kereta Elektrik – sehingga RM2,500
  • Pembelian alat susu badan – sehingga RM1,000
  • Alat bantuan OKU – sehingga RM6,000
  • Cara hidup(telefon pintar, komputer riba, bil telefon, yuran sukan, yuran gym, buku) – sehingga RM2,500
  • Alatan sukan – shingga RM500
  • Perubatan – sehingga RM10,000
  • Perubatan dan penjagaan kepada orang tua – RM8,000

 

4. Anak-anak

  • Anak yang belum berkahwin di bawah 18 tahun – sehingga RM2,000
  • Anak yang belum berkahwin 18 tahun ke atas yang sedang belajar – sehingga RM2,000
  • Anak yang belum berkahwin 18 tahun ke atas yang sedang belajar pendidikan tinggi Diploma dan ke atas – sehingga RM8,000
  • Taska yang berdaftar – sehingga RM3,000
  • Anak OKU – sehingga RM6,000
  • Bantuan tambahan anak OKU(18 tahun ke atas dan sedang meneruskan pendidikan tinggi) – sehingga RM8,000
Senarai Barangan Dan Khidmat Pelepasan Cukai 
Senarai Barangan Dan Khidmat Pelepasan Cukai

BACA JUGA ========
PADU : 5 Sebab Kenapa Perlu Daftar

 




Cara Perkiraan Untuk Mendapat Pelepasan Cukai

Anda boleh rujuk senarai di atas tadi untuk mengetahui jenis pelepasan apa yang anda boleh tolak dari gaji anda. Anda tidak perlu menghafal senarai tersebut pun, kerana sewaktu membuat kemaskini efiling nanti, pihak LHDN akan tanya satu persatu mengikut katagori.

Yang anda perlu sediakan adalah resit-resit berkaitan sebagai bukti yang perlu dilampirkan. Sebagai contoh, seandainya anda mempunyai gaji pendapatan sebanyak RM52,000 dan anda layak untuk menolak perlepasan cukai seperti di bawah :

  1. Relief individu, tolak RM9,000
  2. Anda mencarum EPF, tolak RM4,000
  3. SOCSO, tolak RM350
  4. Anda membayar medical card, tolak RM3,000
  5. Anda buka akaun PRS, tolak RM3,000
  6. Yuran gym, tolak RM500
  7. Anda mempunyai tanggungan anak bawah 18 tahun, tolak RM2,000




Selepas tolak kesemua pelepasan cukai ni, maka gaji pendapatan anda tadi yang asalnya berjumlah RM52,000 telah berkurang kepada RM30,150. Maka daripada anda dikenakan cukai dengan kadar 11%, anda telah berjaya turunkan tax bracket kita kepada 3% sahaja.

Jumlah itu pun nanti boleh dikurangkan lagi dengan fungsi rebat cukai melalui pembayaran zakat dan rebat individu sebanyak RM400. Anda telah layak menerima kerana anda gaji pendapatan telah pun turun ke bawah RM35,000 setahun.

image 2024 03 24 201625889

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment