Semakan Status i-Citra: Permohonan Pengeluaran RM5,000

Kongsi Artikel Ini

Semakan Status i-Citra: Permohonan Pengeluaran RM5,000. Pihak KWSP telah memutuskan agar permohonan i-Citra diawalkan dari tarikh asal iaitu pada 15 Julai 2021(lama) kepada 12 Julai 2021(baru).

Oleh itu, para pencarum yang berhasrat untuk mengeluarkan simpanan KWSP disarankan untuk membuat permohonan secara online bermula 12 Julai 2021.

Permohonan i-Citra membolehkan para pemohon mengeluarkan maksimum sehingga RM5,000 di mana pembayaran dilakukan selama 5 bulan.

Syarat umum bagi pengeluaran adalah;

  • Baki di dalam akaun KWSP haruslah mempunyai minimum sebanyak RM150
  • Pengeluaran paling minimum adalah RM50.
  • Pencarum perlu meninggalkan baki sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya.

 

Isi Kandungan

PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS I-CITRA 2021

Permohonan boleh mula dibuat pada 12 Julai 2021 pada pautan icitra.kwsp.gov.my

Cara permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari icitra.kwsp.gov.my
  • Login dengan memasukkan no kad pengenalan anda
  • One time password-OTP akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang        didaftarkan pada KWSP.
  • Sila pilih amaun pengeluaran
  • Anda boleh meneruskan untuk mohon (isi detail).
  • Lengkapkan maklumat pembayaran
  • Jangan lupa untuk semak semula dan klik hantar

 

213377121 1002889450536010 4815055175680603399 n

 

 

 

 

 

 

 

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status, ianya juga turut boleh dilakukan dengan melayari laman web yang sama.

 

BILAKAH TARIKH PERMOHONAN I-CITRA?

12 JULAI 2021.

 

BERAPAKAH JUMLAH MAKSIMUM PENGELUARAN I-CITRA?

RM 5000

 

a1

Perdana Menteri iaitu Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra.

Katanya lagi, menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5 ribu dengan kadar bayaran tetap RM1,000 setiap sebulan untuk tempoh lima bulan.

“Kerajaan ini yang mula-mula sekali mencadangkan bahawa pelaksanaan program i-Lestari, i-Sinar dan moratorium automatik untuk membantu rakyat dalam mendepani cabaran semasa pandemik Covid-19 ini.

“Kita juga telah menjadi antara negara yang terawal di dunia memperkenalkan inisiatif seumpama ini. Alhamdulillah, ianya memberi kesan positif dan amat membantu aliran tunai rakyat sehingga pada masa kini,” katanya semasa sedang mengumumkan bantuan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang berjumlah RM150 bilion tadi, termasuk suntikan langsung fiskal sebanyak RM10 bilion.

Menurutnya juga, pelaksanaan i-Citra akan dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian mereka.

Leave a Comment