Bantuan NADMA: Semakan Status Bantuan Kuarantin RM100 Sehari

Kongsi Artikel Ini

Kepada rakyat Malaysia yang berkerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau pun tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian layak mohon bantuan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) secara khusus melalui BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA bagi tahun 2021 ini.

Menurut kepada kenyataan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tabung COVID-19 telah dilancarkan untuk membantu mereka yang:

  • Telah dikenakan Perintah Pengawasan Bagi Kontak Covid-19 di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

ATAU

  • perlu menjalani rawatan Covid-19 (warded) di wad hospital yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat penularan COVID-19 di Malaysia.

Berikut merupakan info lanjut beserta syarat kelayakan dan termasuklah cara permohonan Tabung COVID-19 menerusi bantuan NADMA.

Isi Kandungan

PENGENALAN BANTUAN TABUNG COVID-19 NADMA

Bantuan NADMA yang telah dilancarkan melalui Tabung COVID-19 adalah merupakan bayaran bantuan RM100 sehari sepanjang tempoh khas bagi rakyat Malaysia yang dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau sedang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk memohon BANTUAN KHAS COVID-19 NADMA:

  1. Kepada warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau pun tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

NOTA PENTING

Bantuan ini telah dikhususkan bagi mereka yang menerima surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang telah dinyatakan di atas.

PERMOHONAN YANG TIDAK LAYAK

  1. Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawsan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan Pemerhatian/menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

KADAR BANTUAN NADMA COVID19

Kadar bantuan NADMA adalah sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan serta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau sedang menjalani rawatan di wad hospital yang telah dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat COVID-19.

Bagi bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh masa penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang akan berulang.

Selain daripada bantuan NADMA, kerajaan juga telah memaklumkan bahawa mereka yang dimasukkan ke wad yang disebabkan virus COVID-19 boleh menuntut elaun hospital sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari setahun melalui skim MySalam.

CARA MEMOHON BANTUAN NADMA

Untuk membuat permohonan Bantuan Khas NADMA COVID-19 ini, orang awam yang telah terjejas boleh mengikuti langkah seperti berikut:

  1. Baca garis panduan dengan teliti melalui pautan http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf
  2. Sertakan dokumen wajib berikut:
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
    • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14/Annex 17) atau Discharge Note/Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang sedang dirawat kerana COVID-19
    • Salinan muka depan penyata bank/buku akaun bank yang masih aktif.
  3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen yang berikut:
  4. Hantar permohonan lengkap anda kepada;
    i. Whatsapp 011-13218056 (khusus untuk penghantaran dokumen sahaja. Panggilan serta pertanyaan tidak akan dijawab);

ATAU

ii. Email ke [email protected]

ATAU

iii. Pos kepada;

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

Nota: Permohonan dan dokumen Asal KKM yang telah dipos akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan lagi semakan silang dengan data KKM. Permohonan serta dokumen yang diterima melalui whatsapp dan email akan melalui proses semakan data KKM.

TARIKH AKHIR PERMOHONAN

Tarikh akhir bagi permohonan tidak dinyatakan di laman web NADMA.

Difahamkan bahawa bantuan ini masih berlangsung selagi ia tidak diumumkan kerana terkini, pada awal bulan 7 ianya masih diwar-warkan oleh pihak NADMA melalui portal berita tempatan.

Orang ramai boleh melayari www.nadma.gov.my dari semasa ke semasa untuk mendapatkan info terkini tentang tarikh tutup bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT

Jika ada sebarang pertanyaan, hubungi di nombor telefon 03-8870 4800 atau e-mel di [email protected].

Leave a Comment