Isi Kandungan
Festival Bon Odori – Kenapa sambut di Malaysia?
Sejak kebelakangan ini, satu pesta dari budaya Jepun Bon Odori seringkali disebut oleh rakyat Malaysia.
Lebih-lebih lagi selepas kes kehilangan kanak-kanak kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ketika festival tersebut sedang berlangsung di Johor baru-baru ini.
Orang ramai jadi tertanya-tanya apakah dia festival Bon Odori? Dan mengapa ianya disambut di negara kita? Sedangkan festival tersebut adalah berasal dari Negara Jepun.
Sejarah Festival Bon Odori
Festival Bon Odori merupakan sebuah perayaan yang dikira terbesar di Jepun.
Pada waktu perayaan ini disambutlah para penduduk Jepun serta pelancong dapat menikmati persembahan bunga api yang cantik yang sangat sinonim dengan negara matahari terbit.
Tidak seperti perayaan lain seperti tahun baru, krismas dan sebagainya di mana rakyat Jepun hanya akan bercuti dari kerja hanya sehari namun, rakyat Jepun kebiasaannya akan bercuti 3 hari untuk menyambut perayaan ini.
Asal Usul Bon Odori
Bon atau Obon adalah perayaan yang berasal dari agama Buddha, sebagai simbolik untuk mengingati roh ahli keluarga yang telah meninggal dunia termasuklah nenek moyang yang lama telah mati.
Perayaan ini telah disambut oleh masyarakat negara Jepun semenjak lebih 500 tahun yang lalu lagi. Pada asalnya festival Bon Odori disambut pada hari ke 15 setiap bulan yang ke 7 menurut kalendar Lunar.
Namun bermula pada era Meiji(tahun 1868), sambutan ini dirayakan berdasarkan kalendar Gregorius.
Ini menyebabkan perayaan ini disambut tiga kali mengikut wilayah dan kawasan di Jepun iaitu :
- Shicigatsu Bon(wilayah Kanto dan Tohoku) – festival disambut mengikut kalendar solar, kebiasaannya disambut pada 15 Julai setiap tahun
- Hachigatsu Bon(kawasan dan wilayah Jepun yang lain) – festival disambut pada mengikut kalendar Lunar
- Kyu Bon(wilayah Chugoku, Shikoku, Okinawa) – festival disambut menggunakan kalendar tradisional Jepun
Pada musim perayaan Bon Odori, masyarakat Jepun akan pulang ke kampung masing-masing atau ke kampung nenek moyang mereka untuk menyambut festival ini.
Dan pada waktu inilah mereka akan berkumpul dan bertemu dengan ahli keluarga serta rakan-rakan lama yang tinggal jauh dari kampung.
Ahli keluarga akan bergotong-royong untuk membersihkan makam ahli keluarga serta nenek moyang mereka.
Penting : Sila semak di sini untuk Bantuan Kehidupan Sejahtera RM300
Upacara Pada Hari Bon Odori
Bon Odori disambut dengan nyalaan tanglung yang banyak terutama di kawasan rumah, simbolik sebagai tanda arah agar roh dapat berjumpa dengan ahli keluarga.
Sebuah bangunan atau menara yang dibuat dari kayu dikenali sebagai Yagura dibina.
Di atas Yagura tersebut akan ada sekumpulan individu yang dikenali sebagai Taiko akan mengetuk gendang tradisional secara berirama.
Orang ramai akan menari di sekeliling Yagura mengikut irama yang digendang oleh Taiko.
Dan tarian itulah yang disebut sebagai Bon Odori.
Telah menjadi adat masyarakat Jepun untuk mengenakan pakaian tradisional mereka iaitu Yukata ketika menyambut perayaan ini.
Pakaian Yukata adalah mirip seperti Kimono, namun Yukata adalah lebih nipis sesuai dengan musim panas di mana festival ini biasanya disambut.
Mengapa Malaysia Sambut Bon Odori?
Menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan rakyat Malaysia mengenai tujuan penganjuran sambutan perayaan Bon Odori di Malaysia.
Secara ringkasnya Bon Odori disambut di Malaysia sebagai simbolik hubungan diplomatik antara negara kita dengan negara Jepun.
Perayaan ini telah pun mula disambut di Malaysia sejak tahun 1977 lagi.
Menurut laman web rasmi Kelab Jepun Kuala Lumpur (JCKL), ia bermula sebagai acara kecil-kecilan pada tahun 1977 buat ekspatriat Jepun di Malaysia untuk menyemai budaya Jepun di kalangan anak-anak mereka.
Hari ini, ia telah menjadi acara tahunan yang disertai oleh orang ramai di Pulau Pinang, Sabah, dan Selangor sebagai satu perayaan dan pertukaran budaya.
Pesta di Shah Alam dianjurkan oleh JCKL, Sekolah Jepun Kuala Lumpur, dan Kedutaan Jepun. Ia juga disokong oleh kerajaan negeri Selangor.
Bagaimana Bon Odori Disambut di Malaysia?
Bon Odori adalah sekadar tarian yang dipersembahkan semasa Bon diengan orang ramai lazimnya membentuk satu bulatan dan menari di sekitar Yagura dan diiringi oleh persembahan muzik.
Di Malaysia, upacara atau ritual Bon, seperti menyalakan api besar di penghujung Bon untuk dijadikan panduan untuk pemergian roh mereka yang meninggal dunia tidak dilakukan.
Sebaliknya, tarikan utama di festival itu ialah tarian yang diiringi muzik di sekitar Yagura dan gerai-gerai sekitar yang menjual makanan Jepun.
Apakah Hukum Orang Islam Sambut Perayaan Bon Odori?
Untuk mengetahui hukum menyambut perayaan Bon Odori bagi umat Islam, telahpun diterangkan hukumnya oleh Mufti Wilayah.
Anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.