TERKINI : Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter

Kongsi Artikel Ini

Cara Renew Lesen JPJ Online & Roadtax Tanpa Ke Kaunter.

Untuk pengetahuan anda, Portal mySIKAP kita boleh renew lesen JPJ online dan melakukan banyak lagi transaksi secara dalam talian untuk urusan yang melibatkan kenderaan motor serta pelesenan pemandu.

Antara transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal MySIKAP adalah seperti berikut.


Kenderaan:

    • Memperbaharui serta membatalkan lesen kenderaan motor (LKM).
    • Memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu.
    • Pindah milik sukarela.
    • Membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta Kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.



Lesen Memandu:

  • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP dan permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa.
  • Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh.
  • Penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia.
  • Kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

Kesalahan Penalti:

    • Semakan boleh dilakukan bagi saman / notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
    • Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.




Urusan Profil:

  • Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.

Perkhidmatan Yang Lain:

  • Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj.
  • Kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.

Untuk pendaftaran untuk kali pertama, orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna Standard tanpa perlu hadir ke JPJ.



Di halaman TriviaMy ini kami akan kongsikan langkah selanjutnya dengan mudah untuk renew lesen JPJ online di Portal MySikap.

Baca Juga:

Isi Kandungan

CARA DAFTAR MYSIKAP

Untuk makluman anda, terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan juga eID Advanced.




eID Standard:

  • Tak perlu lagi pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar.
  • Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

eID Advance:

  • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
  • Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Tetapi anda tidak perlu risau, setakat urusan yang biasa-biasa contohnya ingin renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.

Di bawah ni terdapat senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard dan Advance.

Sekiranya ingin menjadikan ID tersebut menjadi eID Advance, pelanggan (user) harus hadir ke mana-mana Kaunter JPJ Malaysia.

LANGKAH PENDAFTARAN



  • Anda perlu layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  • Isi butiran yang bertanda * sahaja
  • Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  • Klik Teruskan
  • Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar
  • Klik Teruskan
  • Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan
  • ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Kepada pengguna yang telah berjaya mendaftarkan (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.

Kita boleh gunakan maklumat ini untuk login ke laman web JPJ online.

CARA DAFTAR MASUK MYSIKAP

  • Anda perlu layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  • Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
  • Masukkan Kata Laluan Sementara, Kata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
  • Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
  • Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
  • Klik Simpan. Selesai.

CARA RENEW LESEN JPJ ONLINE




  • Anda perlu login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  • Pilih menu Lesen Memandu
  • Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
  • Isikan maklumat pembaharuan lesen
  • Buat bayaran
  • Semak dan buat pengesahan
  • Selesai!

CARA RENEW ROADTAX ONLINE

  • Anda perlu login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  • Pilih menu Kenderaan
  • Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
  • Isikan maklumat pembaharuan lesen
  • Buat bayaran
  • Semak dan buat pengesahan
  • Selesai!

Leave a Comment