Program PROTEGE Maybank 2022 Khusus Buat Graduan Ijazah Sarjana Muda

Makluman mengenai penyertaan program PROTEGE Maybank kini telah dibuka untuk graduan baru dalam bidang perbankan, perakaunan dan juga kewangan.

PENGENALAN PROGRAM PROTEGE MAYBANK

Untuk pengetahuan anda, Program ini telah dibangunkan khas oleh Korporat Kumpulan Maybank untuk mendedahkan graduan baru pada alam pekerjaan.

Kepada graduan yang terpilih untuk sertai program PROTEGE Maybank (Ready To Work) akan menjalani sesi latihan selama lapan bulan di tempat kerja dalam unit perniagaan Maybank Group di seluruh negara.

Tujuan program ini selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah.

Graduan yang telah menyertai program ini juga akan diberikan elaun sehingga RM2,000 sebulan.

Justeru itu, kepada lepasan Ijazah Sarjana Muda sangat digalakkan untuk memohon bagi menggilap potensi di samping untuk meningkatkan kebolehpasaran kerja dan juga dapat merasai sendiri realiti alam pekerjaan.

Kami akan kongsikan butiran lanjut mengenai tawaran program ini.

Maybank Protege 1

SYARAT KELAYAKAN

Kepada calon yang berminat mestilah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  • Program ini terbuka kepada semua graduan baru dengan kelayakan minima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan.
  • Telah menganggur dan juga masih tidak mempunyai pekerjaan.
  • Mempunyai kemahiran interpersonal yang baik.
  • Mempunyai kemampuan berfikir ke hadapan berdasarkan hasil, motivasi diri dan bersemangat.
  • Berminat untuk pembelajaran berterusan dan juga peningkatan kemahiran diri.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan, tempoh permohonan bagi pengambilan PROTEGE Maybank ini dibuka sehingga 12 Januari 2023.

BIDANG PEKERJAAN

Untuk Graduan daripada bidang berikut dipelawa untuk memohon:

  • Accounting
  • Finance
  • Banking/Financial

CARA MEMOHON

Kepada geraduan yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara atas talian sebelum tarih tutup, permohonan boleh dibuat melalui pautan yang ada di bawah:

Permohonan PROTEGE Maybank

Manfaat Program PROTEGE Maybank

Peserta program ini bakal diberikan manfaat seperti berikut:

  • Elaun bulanan sebanyak RM2,000.
  • Perubatan.
  • Rawatan Pergigian.
  • Pinjaman.
  • Kemudahan sukan (contoh: gimnasium).
  • Sokongan pendidikan.
  • Waktu bekerja (Isnin-Jumaat).

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan keterangan yang lebih lanjut mengenai program PROTEGE Maybank, anda boleh layari pautan yang berikut:

https://maybankjobs.com/#/details/1698/4/results

Leave a Comment