Pinjaman Bank Rakyat: Cara Mohon Pinjaman (Kerajaan & Swasta)

Kongsi Artikel Ini

Pinjaman Bank Rakyat: Permohonan Pinjaman Peribadi Online (Kerajaan & Swasta). Kepada anda semua, memandangkan Pelan Pemulihan Negara masih belum menampakkan lagi hasil, anda mungkin agak terdesak untuk mengambil pinjaman peribadi Bank Rakyat atau personal loan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Namun dengan itu, anda perlu diingatkan, ianya bukanlah pilihan yang sangat bijak memandangkan kadar faedahnya yang tinggi.

Jadikanlah pinjaman peribadi sebagai satu opsyen terakhir anda.

Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai bantuan kepada B40 dan M40.

Yang terbaru ialah Bantuan Khas COVID-19 yang akan mula diagihkan pada bulan Ogos ini.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengeluarkan i-Citra sehingga RM5,000.

Bagi PKS pula, anda layak untuk menerima bantuan tambahan RM1,000 melalui GKP 4.0 di mana permohonannya telah dibuka semenjak bulan Julai 2021 ini.

Sekiranya bantuan-bantuan yang telah disalurkan tidak lagi mencukupi, mungkin anda boleh jadikan pinjaman peribadi sebagai pilihan terakhir yang anda boleh lakukan.

Kami sangat tidak menggalakkan untuk anda menambahkan lagi hutang terutama personal loan dalam keadaan ekonomi sekarang.

Namun sekiranya ia pilihan terakhir anda (setelah meneliti kesemua risiko), maka artikel ini akan sangat membantu anda tentang bagaimana untuk membuat permohonan pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat.

Isi Kandungan

PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

Bank Rakyat terkenal bagi menyediakan pinjaman peribadi untuk kakitangan kerajaan melalui pakej Pembiayaan Peribadi i-Sektor Awam.

Selain itu, mereka juga telah menyediakan kemudahan pinjaman tunai bagi kakitangan swasta melalui Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta.

Yang menariknya lagi, jumlah pembiayaan yang telah disediakan adalah sehingga RM200,000.

Tiada jaminan yang diperlukan serta tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.

Kami akan kongsikan apakah syarat kelayakan untuk memohon personal loan Bank Rakyat ini.

PEMBIAYAAN PERIBADI I-SEKTOR AWAM

Berikut adalah ciri-ciri pembiayaan peribadi i-Sektor Awam Bank Rakyat:

  • Amaun pembiayaan sehingga RM200,000.
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun.
  • Tiada jaminan yang diperlukan.
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan.
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung.

BAGI KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,000 termasuk elaun tetap.
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih.
  • Telah berkhidmat sekurang-kurangnya minimum tiga (3) bulan.

KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Gaji kasar RM1,000 sebulan pun akan layak untuk memohon. Berikut adalah jadual kelayakan pembiayaan mengikut gaji:

BANK RAKYAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN 1

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad/MyTentera.
  • Salinan Slip Gaji 3 bulan yang terkini.
  • Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan yang terkini.
  • Salah satu daripada dokumen di bawah:
    – Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
    – Borang EA terkini.

FI & CAJ

Berikut adalah caj yang perlu anda bayar sekiranya pinjaman peribadi anda telah diluluskan:

BANK RAKYAT FI CAJ 1

JADUAL PEMBAYARAN

BANK RAKYAT JADUAL PEMBAYARAN 1

PERMOHONAN PINJAMAN PERIBADI BANK RAKYAT

Untuk memohon, sila layari portal rasmi Bank Rakyat di sini.

PEMBIAYAAN PERIBADI I-SEKTOR SWASTA

Bank Rakyat juga akan menyediakan pembiayaan sehingga RM150,000 bagi kakitangan swasta.

Tiada penjamin yang diperlukan.

Tempoh pembiayaan adalah sehingga 10 tahun dan bergantung kepada gaji kasar anda.

BAGI KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan.
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti yang berikut:
    – Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
    – Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas

KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Pinjaman Bank rakyat

DOKUMEN DIPERLUKAN

  • Salinan Kad Pengenalan MyKad.
  • Salinan Slip Gaji 3 bulan yang terakhir.
  • Salinan Penyata Bank kemasukan gaji 3 bulan yang terkini.
  • Salah satu daripada dokumen di bawah:
    – Surat pengesahan jawatan daripada majikan.
    – Borang EA terkini.
    – Slip e-B LHDNM.

FI & CAJ

Pinjaman Bank rakyat

JADUAL PEMBAYARAN

JADUAL PEMBAYARAN 1

PERMOHONAN

Kepada anda yang ingin memohon Pembiayaan Peribadi i-Sektor Swasta, layari portal rasmi di sini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan terdekat dengan anda atau hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat kami ditalian 1-300-80-5454.

Leave a Comment