Permohonan MyKid JPN 2022

Kongsi Artikel Ini

Sukacita dimakluman kepada ibu bapa yang mempunyai anak lahir pada tahun 2020/2021 yang belum mempunyai MYKID, anda kini boleh membuar permohonan mykid jpn 2022.

Untuk membuat permohonan boleh dibuat secara walk in terus tanpa perlu membuat temu janji.

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2022.



Isi Kandungan

PENGENALAN MYKID

Untuk pengetahuan anda, MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang telah dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun. Ciri-ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ianya tidak mempunyai gambar dan juga cap jari.

My” membawa maksud Malaysia manakala “Kid” pula merupakan singkatan kepada Kad Identiti Diri. Nombor pengenalan diri yang ada pada MyKid akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang telah terkandung di dalam cip iaitu:

  • Aplikasi JPN (data kelahiran).
  • Maklumat kesihatan.
  • Maklumat pendidikan.



KELEBIHAN  MYKID JPN

  1. Dapat mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta.
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital ataupun klinik untuk tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan lain-lain lagi.
  3. Mudah dibawa kerana ianya bersaiz kecil.
  4. Terdapat ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  5. Berteknologi cip dimana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  6. Dari segi bentuk cantik dan menarik.


permohonan mykid jpn

CARA PERMOHONAN MYKID JPN

Untuk makluman anda, MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak yang berwarganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan MyKid:

  • Sijil Kelahiran Malaysia/Borang W (asal).
  • Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa).
    • Salinan IC Ibu & Bapa
  • Salinan asal Sijil Nikah/Sijil Lahir.


Baca Juga: Bantuan Aidilfitri 2022

SENARAI CAWANGAN JPN

Sekiranya ingin memohon, sila ke JPN yang terdekat dan juga UTC berhampiran yang ada di senarai berikut:

https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan

Senarai Cawangan 1

CARA SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MYKID JPN ONLINE

Sekiranya ingin membuat semakan status permohonan online, anda boleh rujuk di pautan yang berikut:

http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/


MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

  • Telefon: 03-8000 8000
  • Faks: 03-8880 8288
  • Emel(@jpn.gov.my): pro

Leave a Comment