ePemula: Tebus Kredit e-Wallet Sebanyak RM150

Untuk makluman anda kerajaan telah memperkenalkan program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai atau diberi nama epemula untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 (ePemula).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah berkata, e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta para pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.



“Dengan peruntukan sebanyak RM300 juta, kerajaan berharap agar lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini akan dapat menggunakan dengan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan juga kelengkapan pembelajaran.”

Berikut kami akan kongsikan info yang terkini mengenai Program ePemula @ eStart untuk makluman bersama.



epemula

PENGENALAN PROGRAM E-START @ E-PEMULA

Untuk pengetahuan anda, e-Pemula @ e-Start merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai untuk memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Dengan melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia yang berumur 18 hingga 20 tahun serta pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

epemula

Program e Pemula 1

RANGKAIAN e-DOMPET @ e-WALLET YANG TERLIBAT

Menurut daripada kenyataan terkini Kementerian Kewangan, rangkaian eWallet yang terlibat adalah dalam program ePemula seperti yang berikut:

  • Touch n Go eWallet
  • ShopeePay
  • Grab Pay
  • BigPay


GrabPay 1

e Pemula 1

Kepada Peniaga PKS dan juga bakal penerima ewallet belia yang masih belum mendaftar bolehlah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan ewallet pilihan anda untuk mendapatkan manfaat daripada pelaksanaan program ePemula ini.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman anda, program e-Pemula @ e-Start ini akan dijangka bermula pada pertengahan April 2022.

Anda boleh rujuk Soalan Lazim Program e-Start @ e-Pemula yang ada di bawah ini:


Apakah itu Program eStart @ e-Pemula?
Program e-Start @ e-Pemula adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan juga bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta para pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Berapakah jumlah bantuan yang telah disediakan?
Kepada pemohon yang layak boleh menuntut sebanyak RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Siapakah yang layak untuk memohon?
Yang layak untuk memohon adalah Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.

Bagaimana cara untuk memohon?
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai seperti yang berikut:
– ShopeePay
– BigPay
– GrabPay
– Touch n Go eWallet

Bilakah tarikh penebusan/pelaksanaan Program e-Pemula ini?
Menurut kenyataan ynag terkini Kementerian Kewangan, program ini akan dijangka bermula pada pertengahan April 2022 ini.

Sila rujuk portal Manfaat 2022 untuk maklumat terkini: https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html

Baca Juga: Portal Pengeluaran Khas KWSP RM10,000

SENARAI BANTUAN BELIA DALAM BAJET 2022

Terdapat pelbagai bantuan dan juga inisiatif yang telah diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.

Jangan lupa untuk mendapatkan info yang terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.

Anda boleh rujuk senarai yang berikut:

Langkah Belia 1

Langkah Belia i 1

Langkah Belia ii 1

MAKLUMAT LANJUT

Anda boleh layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan dalam Bajet 2022 yang lain.

Leave a Comment

Join Telegram @pakejbantuankerajaan