Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 2022

Kongsi Artikel Ini

Sukacita dimaklumkan mengenai Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam akan Dibayar pada 24 April 2022 – Berita gembira buat semua penjawat awam

Untuk makluman mulai 6 Mei ini kerajaan akan menyalurkan bantuan khas Aidilfitri sebagai bonus raya kepada penjawat awam sebanyak RM500.

Bantuan ini khusus bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk juga dengan kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Menurut daripada kenyataan itu, pemberian ini adalah merupakan bagi menghargai jasa dan juga pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menjalankan tugas perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada 5 April 2022, telah memaklumkan bahawa pesara kerajaan juga akan menerima bantuan iaitu sebanyak RM250.

Tambahan daripada kenyataan itu lagi, bantuan khas tersebut akan juga akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan juga pesara.




Isi Kandungan

PENGENALAN BANTUAN KHAS AIDILFITRI PENJAWAT AWAM 2022

Untuk pengetahuan anda, Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri Penjawat Awam merupakan bantuan hari Raya untuk menghargai jasa dan juga pengorbanan penjawat awam dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidil Fitri pada tahun ini telah dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan yang lebih awal dan juga persiapan bagi menyambut Hari Raya.

Baca Juga: Portal Pengeluaran Khas KWSP



TARIKH PEMBAYARAN

Tarikh Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada tanggal 24 April 2022,” kata kenyataan itu.

JUMLAH BAYARAN

  • Penjawat awam – Gred 56 dan ke bawah termasuk juga dengan kakitangan di bawah skim Contract of Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MyStep: RM500
  • Pesara Kerajaan: RM250

“Kerajaan berharap dengan adanya pemberian bantuan khas ini akan dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan juga pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi,” kata kenyataan itu.


MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut bantuan khas aidilfitri, sila rujuk rasmi di bawah ini:

bantuan khas aidilfitri

Bantuan Aidilfitri 1

Leave a Comment