Tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) Secara Percuma

Untuk makluman sekiranya anda telah bercita-cita ingin menjadi seorang pemandu bas, maka tawaran Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) dengan secara percuma telah dibuka.

Program ini adalah kerjasama antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar di bawah Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA).

Tawaran ini telah dibuka untuk semua rakyat Malaysia yang sihat tubuh badan dan juga bercita-cita untuk mencari pekerjaan sebagai kapten kapal.

Kursus Perkhidmatan Awam 1

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan telah dibuka sehingga 7 Julai 2022.

Program Kemahiran Belia Luar Bandar Wilayah KEJORA (KEMBARA) ini akan berlangsung selama 3 bulan dan setiap peserta yang akan diterima masuk akan menerima elaun bulanan sepanjang dari tempoh latihan.

CARA MOHON

Permohonan untuk menyertai Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini boleh dilakukan secara dalam talian sahaja dengan mengisi maklumat dan juga butiran diri anda di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc6_GX3gguFSTV-wLHxvvjn52AeAORL5qJf5sbrr8Mg6ri5cA/formResponse

Hanya permohonan yang telah lengkap sahaja akan dipertimbangkan.

SYARAT PERMOHONAN

Sebelum anda ingin mengisi borang permohonan untuk program kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam ini, sila pastikan anda telah memenuhi syarat di bawah:

  • Telah terbuka kepada rakyat Malaysia yang berusia antara 21 hingga 40 tahun.
  • Keutamaan kepada penduduk di wilayah KEJORA.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca dan juga menulis.
  • Bebas daripada pengaruh dadah serta alkohol.
  • Pemegang lesen D selama 2 tahun dan tiada rekod saman yang tertunggak.
  • Terhad kepada 30 orang peserta sahaja.
  • Permohonan mestilah dihantar sebelum tarikh 7 Julai 2022.

MANFAAT  PROGRAM

Untuk makluman anda berikut merupakan beberapa kelebihan yang akan bakal dinikmati oleh peserta Kursus Perkhidmatan Pengangkutan Awam (PSV) ini:

  1. Latihan percuma selama 3 bulan.
  2. Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan.
  3. Elaun latihan iaitu sebanyak RM150.00.
  4. Makan dan minum serta asrama akan disediakan sepanjang latihan.

Kursus ini biasanya adalah berbayar dan tidak murah maka sesiapa yang telah terpilih sebenarnya sangat beruntung kerana dapat mengikutinya secara percuma sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda telah mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan dengan kursus ini, anda boleh hubungi pegawai bertugas di bawah:

  • En Amir Hafizal: 07 884 3086
  • Cik Norniza: 07 884 3085

Leave a Comment