Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Untuk Semua Graduan Bermula Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

PTPTN

Selaras dengan pengumuman bekas Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN pada 27 Julai 2022 lalu, insentif pengecualian bayaran balik ini telah diperluas semula kepada semua peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama tanpa mengira status ekonomi, bangsa dan agama.

Usaha ini adalah sebagai dorongan kepada semua peminjam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kelulusan yang terbaik dalam pengajian mereka.




Sehubungan itu, semua peminjam boleh mengemukakan permohonan sehingga 31 Desember 2022.

PTPTN

Dimaklumkan bahawa peminjam yang layak membuat permohonan pengecualian bayaran balik, anda perlu menyediakan dokumen sokongan bagi tujuan muat naik dokumen semasa proses permohonan dilakukan.​​


Ikuti langkah mudah membuat permohonan seperti yang tertera pada halaman TriviaMy.

Isi Kandungan

Pengecualian Bayaran Balik PTPTN Kelas Pertama



Pengecualian bayaran balik bagi peminjam yang mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama atau setaraf ditawarkan kepada semua peminjam PTPTN sebagai menghargai peminjam.

Kini permohonan boleh dilakukan secara online melalui Portal Rasmi PTPTN.

NOTA: Untuk mendapat kepastian pangkat ijazah anda boleh tanya kepada unit pengijazahan akademik, kerana setiap universiti berbeza-beza grednya.

PTPTN

Syarat-Syarat Pengecualian




Antara syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan; dan
  6. Mengemukakan permohonan pengecualian bayaran balik di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Cara Memohon




Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN – Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

Permohonan selepas daripada tempoh tersebut adalah tidak diterima dan permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

Sila rujuk langkah-langkah membuat permohonan seperti di bawah:


ptptn kelas pertama

ptptn kelas pertama 01



ptptn kelas pertama 02

ptptn kelas pertama 03



ptptn kelas pertama 04

ptptn kelas pertama 05

Layari https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama



Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan bagi permohonan pengecualian bayaran balik adalah seperti berikut:




  1. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol);
  2. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan;
  3. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS);
  4. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah); dan
  5. Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Peringatan Mesra

Salinan dokumen sokongan  hendaklah disahkan oleh pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional (Bahagian Akademik atau Bahagian Pengurusan Rekod yang mengeluarkan Ijazah di IPT) dengan cop pengesahan mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.



pengecualian bayaran balik ptptn kelas pertama

Maklumat Lanjut


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263

Layari : https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama

Waktu operasi Live Chat PTPTN: 9.00 pagi – 5.00 petang (Isnin-Jumaat) kecuali Cuti Umum.

Leave a Comment