Bajet 2023: Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN Sehingga 20%

Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN. Untuk makluman anda, Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun bayaran balik pinjaman kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam pembentangan Bajet 2023, kerajaan telah pun bersetuju untuk memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023​.


“Insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bertujuan untuk memudahkan pembayaran semula dan memupuk tanggungjawab dalam kalangan peminjam PTPTN” – YB Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan.

KADAR DISKAUN BAYARAN PINJAMAN PTPTN



Pemberian diskaun ini mengikut kategori seperti berikut:

  • Pertama: Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman​.
  • Kedua: Diskaun 15% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang.
  • Ketiga: Diskaun 15% untuk bayaran balik melalui potongan gaji.

Semoga dengan adanya insentif yang telah diberikan oleh kerajaan ini, para peminjam PTPTN dapat mengambil peluang untuk membuat bayaran balik mengikut kemampuan dan secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan pinjaman pendidikan kepada generasi yang akan datang.

Baca Juga:

Diskaun Bayaran Pinjaman PTPTN

TEMPOH DISKAUN BAYARAN PINJAMAN PTPTN 2022/ 2023




Buat makluman anda, tempoh diskaun bermula pada 1 November 2022 sehingga 30 April 2023.

Insentif Yang Lain Dalam Bajet 2023

Selain dari diskaun ini, PTPTN juga telah komited untuk melaksanakan inisiatif bajet tahun 2023 seperti berikut:

    1. Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.
    2. Kenaikan kadar pinjaman PTPTN dan juga penyediaan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.
    3. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional dilanjutkan sehingga 2024.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web PTPTN untuk update terkini:

https://www.ptptn.gov.my/

Ikuti Telegram rasmi PTPTN bagi mendapatkan informasi yang terkini:

https://t.me/ptptnofficial​

Leave a Comment