Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Fasa 2

Kongsi Artikel Ini

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah. Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) Peringkat Ke-2 2022.

Yayasan Bank Rakya telah membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) untuk tahun 2022 ini khusus buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana
  • Sijil Profesional
  • Doktor Falsafah

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat 2022 telah dibuka mulai 12 September hingga 14 Oktober 2022.

Kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai kelebihan pembiayaan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan dan semakan keputusan tawaran di halaman TriviaMy.


Isi Kandungan

KELEBIHAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH BANK RAKYAT

Buat makluman kepada peminjam tidak perlu lagi buat sebarang bayaran balik pinjaman sekiranya tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas.

Bagi yang telah menamatkan pengajian dengan CGPA 3.00 hingga 3.49 anda hanya perlu membayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Anda boleh rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

CGPA DISKAUN PEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00 100% 0%
3.33-3.49 90% 10%
3.00-3.32 80% 20%
2.75-2.99 50% 50%
2.50-2.74 30% 70%
<2.50 0% 100%

JUMLAH PEMBIAYAAN YANG TELAH DITAWARKAN



Jumlah yang telah ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU)/ Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:

  1. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun
  2. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
  3. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)
  4. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)
  5. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).
  6. Sijil Kemahiran: RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).

Baca Juga: Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2023/ 2024

KURSUS YANG TELAH DITAWARKAN




Telah dibuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

Keutamaan akan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang telah diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH BANK RAKYAT



Kepada Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan juga memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
  2. Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
  3. Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.

CARA MEMOHON PEMBIAYAAN PENDIDIKAN BOLEH UBAH BANK RAKYAT




Sekiranya ingin memohon, anda boleh layari laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan https://application.yayasanbankrakyat.com.my/

  1. Permohonan adalah secara atas talian sahaja.
  2. Pelajar dikehendaki untuk membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00.

SEMAKAN KEPUTUSAN

Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Fasa 2 2022 Diploma Kemahiran & Diploma telah dikeluarkan.

Semakan boleh dilakukan iaitu dengan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php

Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info lanjut mengenai Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, anda boleh rujuk Soalan Lazim di pautan www.yayasanbankrakyat.com.my

ALAMAT:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia

WAKTU OPERASI:
IsninĀ  hingga Khamis: 8:00am-1:00pm, 2:00pm-5:00pm
Jumaat: 8:00am-12:30pm, 2:30pm-5:30pm

Leave a Comment