Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas PRU15

Kongsi Artikel Ini

Bajet 2023 Perlu Dibentang Semula Selepas PRU15. Buat makluman anda, bajet yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Makmur Bersama’ itu telah mencetuskan persoalan sama ada ianya akan diteruskan pada kerajaan yang baharu atau sebaliknya.

Hal ini kerana, kesemua dasar, akta serta perundangan yang mahu dibentangkan di Parlimen akan ditangguhkan susulan pembubaran parlimen.


Berikut kami dikongsikan maklumat yang telah dikongsikan oleh Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan status Bajet 2023 yang telah dibentangkan pada 7 Oktober 2022 yang lalu.

Baca Juga:

Bajet 2023 Perlu Dibentang semula Selepas PRU15



Tidak timbul isu kebasahan Bajet 2023 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober lalu, memandangkan ianya masih belum diluluskan.

Menurut Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, Bajet 2023 perlu dibentang semula pada sesi sidang parlimen yang akan datang selepas kerajaan baharu dibentuk.

“Oleh kerana telah dibubarkan, maka perbahasan itu tidak akan berlaku. Belanjawan itu tidak diluluskan. Maka mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Peraturan Mesyuarat, selepas PRU satu kerajaan baharu yang akan dibentuk dan kerajaan baharu tersebut perlulah membawa belanjawan mereka sendiri selepas ianya dibentuk.




Mereka mestilah membawa belanjawan mereka sendiri dan dibaca buat kali pertama lagi sekali, dan kemudian kali kedua dibahaskan di peringkat dasar dan jawatankuasa seperti mana lazim. Nak meneruskan belanjawan ini pun ok,” kata Tan Sri Azhar berkata dalam satu temu bual khas bersama RTM.

Beliau juga telah ditanya mengenai kedudukan Rang Undang-undang (RUU) yang telah diluluskan.

“Kita kena rujuk kepada Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sekiranya parlimen dibubar, cuma RUU yang menunggu perkenaan Diraja saja yang akan sah pada parlimen akan datang.



“Jadi maksudnya satu RUU itu diluluskan di Dewan Rakyat, dan kemudiannya diluluskan oleh Dewan Negara. Kemudiannya dipersembahkan kepada DYMM YDP Agong untuk diperkenankan, kemudian parlimen bubar maka RUU itu boleh diteruskan dan diperkenankan oleh DYMM Agong. Tetapi jika hanya diluluskan di Dewan Rakyat, maka ia tidak mempunyai apa-apa kesan,” tambah Azhar.

Leave a Comment