Permohonan Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja (MTD) 2023

Kongsi Artikel Ini

Permohonan Kemasukan Maktab Tentera Diraja. Buat makluman anda, bahawa permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) bagi tahun 2023 kini telah dibuka mulai 30 September hingga 30 November 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian. Pelbagai keistimewaan akan ditawarkan kepada putera-putera MTD yang berjaya.

Sila baca syarat-syarat permohonan dan mohon sebelum tarikh tutup di halaman TriviaMy.


Isi Kandungan

PENGENALAN MAKTAB TENTERA DIRAJA

Untuk makluman anda, Maktab Tentera Diraja (MTD) mempunyai keunikan yang tersendiri kerana MTD merupakan satu-satunya sekolah yang berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

MTD komited dalam mematuhi reka bentuk serta susunan pembelajarannya berasaskan displin serta pembudayaan cara hidup ala ketenteraan.

Keutamaan ke arah aspek kecemerlangan dalam setiap program dan pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai setia kawan menjadikan MTD sebagai HOME OF FUTURE LEADERS yang melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan untuk negara.

Maktab Tentera Diraja

SYARAT KEMASUKAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA



  • Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Tarikh permohonan kemasukan mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja.

Baca Juga:

Syarat Khusus Kemasukan Ke Maktab Tentera Diraja:




  1. Pemohon hanya untuk lelaki sahaja dan mestilah warganegara Malaysia
  2. Berat minimum adalah 40.5kg
  3. Tinggi minimum adalah 152cm
  4. Ukuran dada adalah 74cm (biasa) 79 cm (tarik nafas)
  5. Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan yang berikut:
    • Flat foot
    • BMI > 27 (obesiti)
    • Impacted earwax
    • ASthma
    • Scoliosis (tulang belakang bengkok)
    • Varicose vain (urat tersimpul)
    • Colour blindness (rabun warna)
    • Myopia (rabun jauh)
    • G6PD deficiency
    • Haemorrhoids (buasir)
    • Inguinal hernia (angin pasang)
    • Tinea (jangkitan kulat pada kulit)
    • Uneven shoulder (bahu tidak seimbang)
    • Braces (tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
    • Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
    • Kecederaan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD.

Maktab Tentera Diraja

KELEBIHAN MAKTAB TENTERA DIRAJA



Kepada putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA iaitu meliputi:

  1. Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
  2. Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.
  3. Rawatan kesihatan.
  4. Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
  5. Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.
  6. Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  7. Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
  8. Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
  9. Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
  10. Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki, membaca peta dan ilmu medan perang.
  11. Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Lokasi Maktab Tentera Diraja:

MAKTAB TENTERA DIRAJA
KEM PERDANA SUNGAI BESI
57000 KUALA LUMPUR.

  • TEL: 03-8946 5562/ 5563/ 5564/ 5565

CARA PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA




Buat makluman anda, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 30 September sehingga 30 November 2022 melalui pautan berikut https://spskt4.moe.gov.my/

Anda juga boleh rujuk proses permohonan di bawah:

  1. Pemohon wajib untuk mengisi borang permohonan atas talian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).
  2. Pemohon hendaklah memilih MTD sebagai pilihan PERTAMA.
  3. KPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia.
  4. Pemohon yang lulus PKSK akan dipanggil ke sesi Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD.
  5. Pemohon yang telah lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 2023/ 2024.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya ingin mendapatkan info berkaitan MTD, anda boleh rujuk di pautan berikut:

Leave a Comment