MyBayar Saman : Semakan & Bayar Saman PDRM Secara Online

Kongsi Artikel Ini

Polis Bantuan

Isi Kandungan

Semakan & Bayaran Saman PDRM Secara Online

Sempena Hari Polis ke-214, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil dengan perkhidmatan digital baharu yang dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.



Berbeza dengan sistem semakan saman sebelum ini, anda kini boleh terus membuat bayaran setelah membuat semakan saman melalui portal tersebut.

Anda juga boleh mendapatkan pelbagai diskaun yang ditawarkan pada hari-hari tertentu.

Jom ketahui diskaun saman terkini dan cara buat bayaran melalui portal MyBayar Saman.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan cara membuat semakan saman dan bayaran saman online di Portal PDRM MyBayarSaman.

Apakah MyBayar Saman?


MyBayar Saman

Perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

Cara Pendaftaran MyBayar Saman




Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  • Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  • Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  • Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  • Log masuk setelah selesai mendaftar.
  • Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  • Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

MyBayar Saman

Cara Bayar Saman Melalui Portal / Aplikasi MyBayar Saman



Untuk pembayaran saman melalui portal, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
  • Klik butang ‘Daftar.’
  • Isi maklumat peribadi dengan betul.
  • Kemudian, anda akan menerima pengesahan OTP di telefon bimbit.
  • Log masuk dengan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Butiran saman dipaparkan.
  • Klik butang ‘Bayar’ di butiran saman.
  • Semak saman yang ingin dibayar.
  • Pilih mod pembayaran dan klik butang ‘Bayar.’
  • Pembayaran selesai.

Maklumat Lanjut


Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi MyBayar Saman, sila layari laman Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM.

Jangan terlepas dapatkan maklumat lebih berkenaan Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya di laman web www.triviamy.com

Leave a Comment