Harga Maksimum Minyak Masak Turun Lagi Mulai 8 Oktober

Kongsi Artikel Ini

Harga Maksimum Minyak Masak. Seperti yang kita sedia maklum, subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg, 3kg, 5kg telah dimansuhkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2022. Berikut merupakan harga minyak masak terkini dari 8 Sept hingga 7 Okt 2022:

Tindakan ini untuk memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dan dalam jangka masa yang panjang akan dapat menstabilkan harga.

Susulan pemansuhan tersebut, orang ramai telah mengeluh akibat kenaikan harga minyak masak tidak bersubsidi, manakala minyak masak bersubsidi pula sukar untuk didapati di kedai-kedai.


Sebagai usaha untuk menangani kenaikan harga ini, Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan menetapkan harga maksimum secara bulanan.

Harga Maksimum Minyak Masak

Isi Kandungan

HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK SECARA BULANAN



Untuk makluman anda, di media sosial, rata-rata orang ramai telah mengeluh dengan harga terkini yang menjangkau RM40 hingga RM50 berbanding dengan RM30 sebelum ini.

Susulan dengan itu, harga minyak masak tidak bersubsidi dalam botol akan ditetapkan secara bulanan mulai Ogos 2022 ini.

Harga itu telah ditetapkan susulan pelaksanaan harga maksimum minyak secara bulanan berdasarkan dengan harga bagi satu tan metrik minyak sawit mentah (CPO) diumum oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Kaedah yang sama akan dikekalkan pada bulan-bulan yang akan datang, dengan harga maksimum berkenaan akan berubah setiap bulan berdasarkan dengan harga semasa CPO yang diumumkan oleh MPOB setiap awal bulan.




Bagi peniaga yang gagal untuk mematuhi penetapan harga maksimum ini, KPDNHEP boleh mengambil tindakan berdasarkan dengan peraturan yang ada.

Baca Juga

HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK BOTOL



Penetapan harga siling runcit secara bulanan bagi minyak masak tulen kemasan botol seluruh Malaysia.

Jadual untuk harga maksimum bagi minyak botol 1 kg hingga 5 kg bagi bulan Oktober telah ditetapkan oleh KPDNHEP seperti berikut:

Harga Siling Minyak Masak Sawit Tulen Kemasan Botol (8 Oktober Hingga 7 November 2022):

  • 1 kg: RM7.10 ( – 40 sen)
  • 2 kg: RM13.50 ( – 80 sen)
  • 3 kg: RM19.90 ( – 20 sen)
  • 5 kg: RM31.50 ( – RM2.00)

HARGA MAKSIMUM MINYAK MASAK BERSUBSIDI

Harga Maksimum Minyak Masak

Untuk makluman anda, harga siling minyak sawit tulen bagi pek polibeg 1kg akan kekal pada harga RM2.50.




Harga minyak paket bersubsidi polibeg 1 Kg BUKAN RM3.00, RM3.50 atau RM4.00 tetapi ianya harga kawalan yang dijual adalah RM2.50.

Anda perlu laporkan kepada KPDNHEP sekiranya ada premis yang menjual minyak masak paket bersubsidi polibeg 1 Kg melebihi harga kawalan.

Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan ataupun perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNHEP melalui:

Leave a Comment