Lokasi Cawangan Kedai Pre-Loved Terbesar Di Jalan Jalan Japan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Semua orang suka barang terbaik dengan harga murah. Tawaran ini yang diberi daripada kedai Jalan Jalan Japan (JJJ) sebuah kedai yang telah menjual barangan pre-loved yang terbaik dengan harga yang sangat murah.

Kebanyakkan barangan yang dijual di kedai ini daripada Jepun yang mana pastinya masih baik serta berkualiti. Sejak dibuka lagi pada 2016, kini sudah terdapat 9 cawangan di Malaysia termasuk juga di Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan banyak lagi.



Disini anda boleh mendapatkan pelbagai barangan pre-loved seperti baju, baju sejuk, jaket, kostum, beg tangan, topi, barangan dapur, alat muzik, kasut, barangan sukan, permainan, figurine, pinggan mangkuk dan banyak lagi kalau anda ingin tahu.

Anda boleh mendapatkan baju sejuk dengan harga RM20 hingga RM30 sahaja. Pakaian harian seperti baju dan seluar pun anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM1 sahaja. Untuk orang ramai di luar sana yang berminat mengumpul figurine, disini juga terdapat sangat banyak pilihan dengan harga yang sangat berbaloi.




Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk datang ke mana-mana cawangan JJJ kerana anda jauh, anda boleh sahaja mendapatkan personal shopper – DISINI Mereka akan membantu dan belikan barangan yang anda mahu.

Kedai Pre-Loved Terbesar Di Jalan Jalan Japan Malaysia

LOKASI CAWANGAN JALAN JALAN JAPAN DI MALAYSIA



Berkemungkinan anda sedang mencari pakaian sejuk untuk travel tapi inginkan harga yang murah atau ingin mendapatkan barangan keperluan sukan untuk anda gunakan di rumah, anda boleh datang ke mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan (JJJ) yang ada di Malaysia.

Baca Juga

Cawangan ini telah dibuka setiap hari bermula pada jam 10.00 pagi – 10.00 malam. Anda nak tahu, kat mana lokasi JJJ yang kini telah dibuka, boleh tengok senarai dibawah:

Johor
KIP Mall, Tampoi
Lot No. S001-S002 KIP Mall Tampoi, Jalan Titiwangsa 2, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor.

Kuala Lumpur
1 Shamelin Mall, Cheras
Lot L3-006, Level 3, 1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur.

M3 Mall, Taman Melati
Level 2, @ M3 Mall, Taman Melati, Jalan Madrasah, Jalan 1/22a, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur

Selangor
One City Sky Park, USJ
Level 1A (Block A), Sky Park @ One City, 47650, Jalan USJ 25/1A, One City Sky Park, 47100 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

KIP Mall, Bangi
2AT-01, 2nd Floor @ KIP Mall, Bangi, No. 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor Darul Ehsan.

Negeri Sembilan
CenterPoint Seremban
3-01, 3rd floor, CenterPoint Seremban, 3, Jalan Dato Siamang Gagap, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.




Pada Setakat ini belum ada lagi cawangan yang dibuka di bahagian Pantai Timur sama ada di Pahang, Terengganu atau Kelantan. Tapi boleh upah Personal Shopper dan biarkan mereka belikan lalu post terus ke rumah anda.

Anda jangan lupa untuk datang ke Jalan Jalan Japan (JJJ) untuk menyelam serta mendapatkan barangan yang terbaik dengan harga sangat murah.

Leave a Comment