Filem ‘Jalan Masih Panjang’ Berkisar Tentang Kisah Anwar Ibrahim Bakal Ditayangkan 1 Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Jalan Masih Panjang - Anwar Ibrahim

Filem Biografi “Jalan Masih Panjang” Berdasarkan Kisah Anwar Ibrahim Kini Dalam Pembikinan

Sebuah filem biopik bertajuk ‘Jalan Masih Panjang’ yang berdasarkan kisah hidup Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, dilaporkan bakal didokumentarikan dalam sebuah filem yang masih dalam proses penggambaran.

Filem ini merupakan hasil kerjasama dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang masih berada di fasa pembikinan.



Apa yang menarik, filem kerjasama produksi pelakon Malaysia dan Indonesia ini bakal menampilkan pelakon Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim dan Acha Septriasa sebagai Wan Azizah.

Jalan Masih Panjang - Anwar Ibrahim

Malah, ketika ini sudah berlegar di media sosial beberapa keping foto yang menunjukkan proses pembikinan filem yang masih lagi sedang berjalan.

“Weh! Filem tentang @anwaribrahim akan jadi kenyataan! Bukan biasa-biasa punya produksi dan pelakon. Melibatkan 2 negara.

“Yang akan jadi Anwar Ibrahim @FaridKamilZ . Yang akan melakonkan watak @drwanazizah adalah @septriasa_acha .


Jalan Masih Panjang - Anwar Ibrahim

“Direktor pula @vivawesti ! Tak sabar weh,” ciap pengguna Twitter @MadMarquez sambil berkongsikan tangkap layar hantaran Instagram pelakon Indonesia, Hans de Kraker.

Jalan Masih Panjang - Anwar Ibrahim

Sementara itu, calon yang mewakili Pakatan Harapan di Parlimen Kangar, Amin Ahmad mengesahkan pembikinan filem berkenaan dan memberitahu bahawa sejak 2018 ada beberapa pihak bertemunya untuk menghasilkan filem berdasarkan kisah Anwar Ibrahim.

“Oleh kerana sudah tersebar rancangan penerbitan filem mengenai Anwar Ibrahim – lakonan Farid Kamil dan Acha Septriasa, maka bolehlah saya kongsi juga sedikit sumbangan daripada kajian mengenai Anwar Ibrahim ketika bertemu dengan sutradara filem ini.




“Sebenarnya selepas 2018 ada beberapa pihak telah bertemu saya tentang bahan ini – atas cadangan Pejabat DS Anwar sendiri.

“Ada yang nak buat dokumentari, ada yang nak buat filem. Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan ‘Jalan Masih Panjang’,” tulisnya di Facebook.

Filem ini diarahkan oleh Viva Westi iaitu pengarah dan penulis dari Indonesia, beliau sebelum ini pernah mengarah filem seperti The Ex-Lover Shop, Koki-Koki Cilik 2 dan Mursala.

Jalan Masih Panjang - Anwar Ibrahim

Buat masa ini masih tiada maklumat lanjut mengenai filem ini, termasuk juga jalan cerita dan juga tarikh tayangan untuknya

Untuk rekod, Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 di kerusi Parlimen Tambun yang sebelum ini dipegang oleh Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu.

Manakala Wan Azizah pula bertanding di kerusi Bandar Tun Razak sebagai calon tunggal wanita menentang dua ahli politik veteran.

Wan Azizah pernah menjadi satu-satunya wanita yang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan.



Baca Juga :

Leave a Comment