TERKINI : Bayaran Awal BKM Fasa 4 Untuk Pengguna Bank BSN

Kongsi Artikel Ini

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Berita baik, bayaran awal BKM Fasa 4 telah mula dikreditkan bermula hari ini bagi pengguna Bank Simpanan Nasional (BSN). Untuk pengetahuan anda, Bank BSN merupakan bank yang terawal menerima bayaran jika ada apa-apa bantuan seperti Bantuan Keluarga Malaysia dan lain-lain.



Ramai yang tertanya-tanya berapakah kadar bayaran BKM Fasa 4 yang akan diterima bagi setiap kategori Bujang, Keluarga, Warga Emas dan penerima rayuan?

Berikut dikongsikan info selanjutnya berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 untuk makluman semua.

Baca Juga :

Isi Kandungan

Bayaran BKM Fasa 4 Bermula 13 November 2022


Kerajaan mempercepatkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang sepatutnya diagihkan pada Disember depan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November dan dijangka selesai pada 18 November ini.

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 tersebut adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November ini.

Menurutnya, pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.




“Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.

“Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar Ismail Sabri, semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 15 November 2022 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di portal rasmi BKM melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my

Semakan Status Bayaran Awal BKM Fasa 4

Anda boleh membuat semakan status kelulusan bayaran BKM 2022 seperti berikut:

i) Portal Rasmi BKM (https://bkm.hasil.gov.my)

  1. Klik Log Masuk BKM
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    • Status Permohonan
    • Lulus
    • Tidak Lulus
    • Maklumat Bayaran (Jika ada)

ii) Aplikasi MyBKM

iii) Talian Hotline BKM 1-800-88-2747

Jadual Bayaran BKM Fasa 4

Sila rujuk makluman melalui lampiran jadual di bawah:

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSNBayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Jumlah Bayaran Bagi Penerima Rayuan BKM




Manakala bagi penerima rayuan, jumlah pembayaran adalah seperti dalam lampiran di bawah:

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Tarikh Bayaran BKM Fasa 4




Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, bayaran BKM Fasa 4 boleh disemak mulai 15 November 2022.

Pembayaran BKM Fasa 4 ini bernilai RM2.1 bilion dapat dimanfaatkan oleh 5.2 juta penerima.

Bayaran Awal BKM Fasa 4 - BSN

Maklumat Lanjut



Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari https://bkm.hasil.gov.my

Leave a Comment