Sistem Permohonan Skim Perumahan Penjawat Awam PPAM Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

Skim Perumahan Penjawat Awam PPAM. Untuk makluman anda, Perumahan Penjawat Awam Malaysia Jabatan Perumahan Negara (PPAM) merupakan salah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian untuk penjawat awam.

Berikut akan dikongsikan lebih lanjut mengenai skim ini untuk makluman bersama.


Isi Kandungan

LOKASI PROJEK SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM

Projek PPAM telah dibina di bandar-bandar utama di seluruh Malaysia yang mempunyai permintaan yang sangat tinggi daripada penjawat awam.

Jenis rumah yang telah ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan juga banglo.

SYARAT KELAYAKAN SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM



Untuk semua Penjawat awam yang bekerja dengan

  • Kerajaan Persekutuan
  • Kerajaan Negeri
  • Pihak Berkuasa Negeri
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Badan Berkanun Persekutuan
  • Badan Berkanun Negeri.

Skim Perumahan Penjawat Awam PPAM

Baca Juga:

TARIKH PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM




Untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan projek-projek yang akan dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal online Perumahan Penjawat Awam Malaysia dari semasa ke semasa.

Permohonan akan mula dibuka setelah pemaju mendapat Lesen Pemajuan Perumahan serta Permit Iklan & Jualan daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan.

Maklumat berkenaan projek-projek yang akan dibuka untuk permohonan akan dikemaskini di portal PPAM dari semasa ke semasa.

Status permohonan boleh disemak dan juga dikemaskini berdasarkan dengan permohonan yang dibuka.

Skim Perumahan Penjawat Awam PPAM

PILIHAN PROJEK SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM



Pilihan projek hanya akan dibenarkan untuk pemohon yang telah melengkapkan profil.

Terdapat beberapa peraturan yang telah ditetapkan dalam aplikasi untuk setiap permohonan.

Peraturan tersebut seperti yang ada di bawah:

  • Setiap pemohon hanya layak untuk membuat tiga permohonan sahaja dalam satu-satu masa.
  • Sekiranya terdapat permohonan projek yang dibatalkan, pemohon boleh memohon projek lain dengan syarat tidak melebihi tiga permohonan lengkap.
  • Pemohon hanya boleh memohon projek lain sekiranya tiada permohonan yang berstatus Terima Tawaran, S&P atau Pemilikan.
  • Sekiranya pemohon mempunyai pasangan yang telah ditawarkan, pemohon adalah tidak layak untuk ditawarkan dan tidak dibenarkan untuk memohon projek yang baru.
  • Sekiranya pemohon mempunyai permohonan pada projek PPAM Perbadanan Putrajaya, pemohon tidak layak untuk ditawarkan.

Anda boleh rujuk senarai projek yang terbaru melalui pautan berikut: https://www.ppam.gov.my/project/list

CARA MEMOHON SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM




Semua permohonan PPAM boleh dibuat melalui laman web www.ppam.gov.my

Sila rujuk infografik di bawah untuk panduan langkah demi langkah.

Skim Perumahan Penjawat Awam PPAM

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN



Pemohon hanya perlu melengkapkan borang profil dan permohonan serta memuat naik dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
  • Salinan slip gaji terkini
  • Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
  • Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara).

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN SKIM PERUMAHAN PENJAWAT AWAM PPAM




Untuk makluman anda, status permohonan boleh disemak di portal online dan melalui aplikasi mobile dan rujuk status permohonan. Penjelasan status dalam Sistem adalah seperti berikut:

Keputusan permohonan boleh disemak selepas tempoh selepas 14 sehingga 30 hari iklan ditutup di laman web PPAM dan tertakluk kepada jumlah permohonan diterima.

Berikut adalah penjelasan maksud status pemohonan:-

  • Lengkap : Sedang disemak oleh PPAM.
  • Pengundian Seterusnya : Undian telah dilaksanakan namun permohonan belum berjaya mendapat tawaran, undian semula akan dibuat semula sekiranya terdapat kekosongan pada masa akan datang.
  • Ditawarkan : Telah berjaya mendapat tawaran untuk projek yang telah dimohon.
  • Tidak Ditawarkan : Permohonan tidak lengkap / Tidak berjaya dalam Undian.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut anda boleh pergi ke cawangan Perumahan Penjawat Awam.

Cawangan Perumahan Penjawat Awam Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Aras 35, No.51 Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
Malaysia

https://www.ppam.gov.my/

Leave a Comment