Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang bagaimana cara nak claim e-Tunai RM100 bukan? Bila nak dikreditkan?
Ramai juga yang tertanya adakah e-Tunai ini hanya untuk golongan pelajar yang berumur 18 – 20 tahun sahaja? Bagaimana pula dengan kami golongan B40 dan M40?
Kerajaan dalam siri lawatannya ke seluruh Malaysia melalui jelajah Perdana Menteri berjumpa dengan pelbagai lapisan masyarakat menyedari permintaan ini dan ia dilihat relevan.
Akhirnya Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan bantuan eTunai Rm100 kepada kumpulan dan golongan B40 dan M40 di Malaysia.
Dengan harapan bantuan ini dapat meningkatan perbelanjaan dikalangan rakyat Malaysia sekaligus meningkat pusingan ekonomi di segenap sektor.
Ikuti Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan : t.me/pakejbantuankerajaan
Isi Kandungan
Cara Tebus e-Tunai RM100
Terdahulu, Kerajaan telah mengumumkan bantuan eTunai berjumlah RM100 kepada semua rakyat Malaysia yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Pengumuman itu telah dibuat ketika Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023 yang lalu.
Perdana Menteri menyatakan inisiatif ini membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas (dewasa), merangkumi golongan B40 dan M40.
Sebagaimana yang diumumkan, bantuan kredit e-Tunai RM100 ini akan diberikan secara e-Tunai. Justeru, bagaimana Cara Tebus e-Tunai RM100 tersebut?
Sebenarnya, cara tebus e-Tunai RM100 ini secara terperinci masih belum diumumkan oleh Kementerian Kewangan tetapi terdapat sedikit maklumat lanjut berkaitan bantuan ini yang telah dinyatakan seperti dibawah.
‘Klik Sini’ & join group whatsapp Info Bantuan Kerajaan 2023/ 2024
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat untuk penembusan e-Tunai RM100 ini adalah:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 21 tahun ke atas.
- Berpendapatan RM100,000 ke bawah.
Penyedia Perkhidmatan
Program bantuan e-Tunai RM100 yang akan berlangsung pada suku keempat tahun ini masih belum mengumumkan penyedia perkhidmatan yang terlibat. Ini bermakna, kita masih tidak tahu siapa yang akan menjalankan program ini.
Berdasarkan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah yang telah diberikan sebelum ini, terdapat tiga penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program tersebut, iaitu;
- Boost.
- Setel.
- Touch n Go TNG.
Sekiranya pengumuman rasmi dibuat kelak, beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet yang lain seperti GrabPay, ShopeePay, BigPay mungkin juga akan terlibat. Namun begitu, ini hanyalah satu kemungkinan pada masa ini.
Justeru, berikut adalah secara umumnya Cara Claim e-Tunai RM100 yang anda perlu lakukan nanti.
- Pastinya anda perlu memilih apps yang mana menjadi pilihan anda untuk claim eTunai RM100 tersebut.
- Anda boleh terus mendaftar untuk menebus dengan mengisi segala maklumat dan info yang diperlukan untuk claim eTunai RM100 tersebut.
- Selesai dan anda sudah boleh membeli di kedai-kedai yang dibolehkan untuk menggunakan, menebus dan claim bantuan eTunai RM100 tersebut.
Tarikh Pelaksanaan Bantuan eTunai RM100
Dalam satu hantaran di Facebook, Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini iaitu pada bulan Desember 2023. Tarikh rasmi bayaran akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Apa Maksud Suku Keempat?
Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;
- Suku pertama – Januari hingga Mac
- Suku kedua – April hingga Jun
- Suku ketiga – Julai hingga September
- Suku keempat – Oktober hingga Disember
Bayaran Suku Keempat yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan akan dilaksanakan dalam tempoh Oktober hingga Disember 2023.
Untuk melaksanakan inisiatif ini dengan berkesan, Kementerian Kewangan perlu berunding dengan pemegang taruh yang berkaitan. Ini adalah langkah penting untuk memastikan bahawa inisiatif ini dapat memenuhi keperluan dan harapan mereka.
Kelebihan Bantuan e-Tunai RM100
Dengan nilai e-Tunai RM100 untuk setiap rakyat Malaysia yang layak berjumlah Rm1 bilion ini pasti akan melibatkan 10 juta penerima yang dilambakkan ke pasaran ekonomi Malaysia, dan pastinya akan berlaku kitaran ekonomi setempat di segenerap demografi di Malaysia.
Sebenarnya bukan sahaja 10 juta itu sahaja yang akan menerima kesan positif bantuan e-Tunai RM100 ini, malahan impaknya akan dirasai oleh golongan peniaga dan penjaja, usahawan, kontraktor, tukang, pemilik syarikat, pemborong, pengimport, freelancer dan ramai lagi apabila mereka-mereka ini keluar berbelanja.
Selain itu, pemberian e-Tunai RM100 ini juga akan meningkatkan lagi kemampuan rakyat Malaysia untuk berbelanja secara cashless kerana Cara Claim e-Tunai RM100 ini nanti adalah sepenuhnya secara tanpa tunai.
Sekaligus dengan perbelanjaan domestik yang melonjak sebenarnya membantu daripada sudut pertumbahan ekonomi untuk bulan-bulan yang mendatang.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut mengenai cara tebus e-Tunai RM100 ini, boleh rujuk melalui laman web Manfaat atau Facebook Rasmi Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa dan diharapkan info ini dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat Malaysia.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di Triviamy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.
Eksklusif di Triviamy :
- Daftar Haji Bersama Keluarga Melalui Thijari Dengan 5 Langkah Mudah.
- STR 2024 : Jumlah & Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1
Belanjawan 2024 Oleh YAB Perdana Menteri
YAB Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2024. Antara fokus belanjawan kali ini adalah meningkatkan darjat hidup rakyat. Berikut merupakan intipati bagi belanjawan yang dibentangkan. Teruskan membaca.
Tingkat Darjat Hidup Rakyat
Tiga tumpuan dalam Belanjawan Ekonomi Madani kali ini. Antaranya adalah meningkatkan darjat hidup rakyat selain tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan dan penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan. Apa manfaat yang akan diperolehi melalui tumpuan meningkatkan darjat hidup rakyat?Teruskan membaca.
Baca Juga : Belanjawan 2024 : Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun 2024
Penyaluran Bantuan Kepada Golongan Memerlukan
Beberapa golongan akan menerima bantuan daripada Belanjawan 2024 kali ini, antaranya :
Golongan OKU, Warga Emas, Kanak-Kanak dan Miskin Tegar
- Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
- Kadar minimum STR untuk golongan belia pula meningkat daripada RM350 kepada RM500
- RM500 untuk bayaran pertama STR akan dinaikkan kepada RM500 dan akan disalurkan sebelum Ramadan
- Penerima Sumbangan Asas Rahmah akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan (permohonan baharu pada November 2023)
- JKM terima 2.4 bilion ringgit untuk beri manfaat kepada 450 ribu rakyat
- 100 ribu topi keledar akan diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu
- Kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300 sebulan
Mahasiswa dan Belia
- Flysiswa, subsidi pembelian tiket penerbangan mahasiswa akan diteruskan
- Kerajaan akan meneruskan Program Mylesen, menanggung bayaran Ujian Memandu bagi lesen Motorsikal Kelas B2, Ehailing dan Teksi
- Ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh kerajaan
- Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024
- Yuran pendaftaran masuk ke universiti dihadkan tidak melebih RM1,500 bermula Januari 2024
- PERKESO sedia insentif khas sebanyak RM1500 sebulan selama 6 bulan untuk pencari kerja
- Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) akan diteruskan
Golongan Wanita & Kanak-kanak
- Galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Disember 2027
- Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai pendapatan ke atas elaun penjagaan anak yang diterima oleh pekerja atau dibayar terus oleh majikan kepada pusat jagaan kanak-kanak ditingkatkan kepada RM3,000
Orang Awam
- Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dan meneruskan skim mySalam bagi tempoh dua tahun lagi
- Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dijangka siap sepenuhnya tahun hadapan
- Subsidi pengangkutan awam seperti bas, rel dan perkhidmatan udara akan diteruskan
- Sebanyak 14 Program Rumah Mesra Rakyat diteruskan bagi membina 3,500 unit rumah dengan peruntukan 358 juta ringgit
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.