Tebus Baucer Tiket Flysiswa Sebelum 31 Disember 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Perkeso
Flysiswa Untuk Mahasiswa

Berita baik untuk mahasiswa universiti awam. Sejak 15 ogos yang lepas, kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif untuk subsidi baucer tiket bagi pembelian tiket penerbangan mahasiswa. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu meringankan beban mahasiswa yang terpaksa pulang ke kampung halaman atau ke kampus masing-masing.



Ini merupakan subsidi “one-off” yang diberikan kepada mahasiswa yang layak dan memohon. Mahasiswa yang berminat boleh tebus subsidi ini sebelum 31 disember 2023 . Bagaimana cara permohonan?Teruskan membaca.

Sertai Telegram Bantuan Kerajaan : t.me/pakejbantuankerajaan

Mahasiswa Tampung Tiket Mahal

Subsidi “one-off” tiket penerbangan ini adalah untuk mahasiswa yang belajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang terpaksa membayar tambang penerbangan yang tinggi untuk pulang ke kampung halaman mereka.




Memetik laporan daripada portal Utusan Borneo sebelum ini, mahasiswa telah lama mengadu tentang ketidakadilan dalam harga tiket kapal terbang antara Semenanjung dan Borneo, yang tidak mengambil kira status ekonomi dan sosial mereka. Mahasiswa juga berharap agar dapat menikmati harga pelajar yang lebih murah seperti yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat lain. Kerajaan berharap dengan bantuan subsidi ini, mahasiswa dapat menjimatkan kos perjalanan dan menumpukan perhatian kepada pengajian mereka.

Semak Kelayakan

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
    1. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
    2. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    3. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    4. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    5. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ Firefly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Baca Juga : Gaji Naik RM300, Bonus Satu Bulan Setengah – Cuepacs

Panduan Tebus Baucer

Panduan yang akan digunakan untuk menebus baucer tiket ini adalah untuk penebusan daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines sahaja. Untuk penerbangan lain, anda boleh ke laman web syarikat penerbangan masing-masing untuk maklumat lanjut.


1. Langkah Pertama : Anda perlu membuat semakan kelayakan dengan mengunjungi laman web https://subsidiudara.mot.gov.my. Masukkan nombor myKad dan pilih nama universiti masing-masing.

baucer tiket

2. Langkah Kedua : Setelah itu, anda perlu untuk mendaftar sebagai pengguna MHexplorer dan mengaktifkan akaun melalui pautan emel yang akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan.

baucer tiket



3. Langkah Ketiga : Jika anda layak untuk subsidi ini, anda akan menerima kod baucer melalui emel pada 3 hingga 5 hari bekerja.

baucer tiket

4. Langkah Keempat : Log Masuk pada laman web MHexplorer dan pilih Butang Tempahan Flysiswa sebelum membuat carian untuk penerbangan.baucer tiket

5. Langkah Kelima : Gunakan nombor baucer yang telah dihantarkan pada emel ketika ingin membuat pembayaran tiket. Anda akan mendapat potongan melalui subsidi baucer tiket yang disediakan.

baucer tiket

Mahasiswa Keliru Dengan Baucer Tiket




  1. Penggunaan subsidi baucer tiket ini adalah untuk membuat pembelian tiket penerbangan daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak ataupun sebaliknya.
  2. Penggunaan baucer hanya boleh ditebus sekali sahaja. Namun, penggunaannya boleh melebihi daripada sekali. Bagaimana? Jom lihat contoh dibawah :
    – Siti Maimunah membeli tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan harga tiket penerbangan sebanyak RM200 sahaja. Dengan itu, beliau masih mempunyai baki baucer subsidi sebanyak RM100.
    – Beliau boleh menggunakan baki subsidi tersebut pada pembelian tiket yang seterusnya. Harga tiket daripada Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur berjumlah RM250, dengan baki subsidi RM100, beliau hanya perlu menambah RM150 untuk pembayaran bagi tiket tersebut.
  3. Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan. Ini bermaksud, tarikh akhir penebusan baucer adalah pada 31 Disember 2023, namun sekiranya anda ingin melakukan penerbangan selepas daripada 31 Disember 2023 dengan menggunakan baucer ini, ianya adalah dibenarkan.
  4. Sekiranya pelajar didapati tidak layak bagi subsidi baucer tiket ini, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing seperti di pautan di sini.

Leave a Comment