Bajet 2023: Bantuan Awal Persekolahan Sebanyak RM150 Untuk Semua Murid

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Semua Murid. Buat makluman anda, Dalam Bajet 2023, Kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 untuk semua murid, tanpa mengira had pendapatan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bantuan itu akan disalurkan pada Januari 2023.

Bantuan tersebut akan diberikan secara one-off kepada setiap murid yang layak.


Isi Kandungan

PENGENALAN BAP

Untuk makluman anda, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah mula diperkenalkan pada tahun 2012 yang bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini telah diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Namun bermula pada tahun 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan kepada SEMUA murid tanpa mengira had pendapatan.

KADAR BAP TAHUN 2023



Kepada murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM150.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off) mulai awal tahun 2023.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN




Untuk pemberian Bantuan Awal Persekolahan kepada murid-murid dibuat berdasarkan dengan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/ mykid/ mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal tanpa mengira had pendapatan.
  • Bantuan ini akan diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2023



Bantuan Awal Persekolahan Tahun 2023 akan disalurkan mulai Januari 2023.

CARA MEMOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Untuk makluman anda, pihak sekolah akan menetapkan cara permohonan dan kaedah pembayaran berdasarkan kelayakan.

Bagi sesetengah sekolah, murid atau ibu bapa tidak perlu lagi untuk membuat permohonan kerana murid akan dipilih oleh pihak sekolah berdasarkan dengan data pendapatan ibu bapa dalam APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid).




Oleh sebab itu, ibu bapa atau penjaga mestilah mengemaskini data pendapatan yang terkini melalui sistem tersebut.

Sekiranya anda belum pernah berbuat demikian, sila rujuk Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online & Kehadiran

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya  ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Awal Persekolahan, sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.moe.gov.my/en/bantuan-pembelajaran-menu/bantuan-awal-persekolahan-bap

Leave a Comment