CIMS 3.0: Borang CIMS 3.0 Untuk PPN PKP & PKPD

Kongsi Artikel Ini

Borang pendaftaran permohonan dan cara untuk daftar miti online semasa pkp serta login sistem cims 3.0 ppn tahun 2021 termasuk surat miti untuk kebenaran beroperasi miti pkp 3.0 di portal www.miti.gov.my.

Permohonan CIMS 3

Dibenarkan melalui permohonan agar dapat beroperasi bagi syarikat-syarikat di bawah sektor yang telah dibenarkan di dalam pengumuman MITI yang terkini.

Menerusi CIMS dalam pautan ini, syarikat boleh melakukan permohonan.

Kenal pasti wakil syarikat yang mahu membuat urusan sebelum mereka membuat permohonan. Kemudian, syarikat anda hendaklah terlebih dahulu membuat pendaftaran.

Disebabkan hampir semua negeri terlibat, anda boleh terus berurusan dengan miti di negeri di tempat anda samada di sabah, sarawak, melaka, johor, negeri sembilan, kedah, selangor, kuala lumpur kl, putrajaya, pulau pinang penang, perak, perlis, johor, pahang, kelantan dan terengganu.

Isi Kandungan

SEMAK BORANG CIMS 3.0 PERMOHONAN MITI PKP

MAKLUMAT SERTA BUTIRAN YANG DIPERLUKAN SEBELUM MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN MITI UNTUK BEROPERASI SEMASA PKP 2021.

Sebelum anda ingin membuat permohonan untuk beroperasi, berikut adalah maklumat yang diperlukan cara untuk dapatkan surat miti pkp 3.0:

Surat Kebenaran Beroperasi

Ini pula video panduan yang disediakan oleh pihak MITI

1. CARA UNTUK DAFTAR CIMS 3.0 MITI ONLINE

Bagi meneruskan operasi sepanjang PKP, ini adalah cara  untuk membuat permohonan bagi syarikat meneruskan operasi termasuk cara memohon surat miti pkp 3.0.

Di bawah adalah cara dan permohonan syarikat untuk meneruskan operasi sepanjang PKP bagi yang layak sahaja. Kami cadangkan agar anda buat pendaftaran terlebih dahulu.

Daftar permohonan untuk beroperasi

1.Sila layari laman web ini www.miti.gov.my untuk permohonan ataupun application.miti.gov.my

2.Ataupun anda juga boleh klik link ini application.miti.gov.my login

3.Klik CIMS 2.0 jika anda masuk dari laman web utama MITI tadi.

4. Paparan berikut akan dapat dilihat:

  • PERMOHONAN UNTUK SYARIKAT AGAR DAPAT MENERUSKAN OPERASI SEPANJANG PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).
  • APPLICATION FOR COMPANIES TO CONTINUE OPERATION DURING THE MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO).

5. Klik Daftar terlebih dahulu sekiranya anda belum mendaftar permohonan syarikat untuk meneruskan operasi.

6.Anda boleh memuat turun, baca dan faham SOP dan Protokol dengan jelas bagi kelulusan beroperasi semasa PKP yang berkaitan dengan syarikat anda iaitu:

  • SOP dan Protokol yang Am
  • SOP dan Protokol bagi Perkhidmatan Sosial Kesihatan
  • SOP dan Protokol bago Sektor Pembuatan
  • SOP dan Protokol bagi Perkhimatan Sains

7. Tandakan pada ‘Saya telah membaca dan bersetuju dengan SOP yang telah disebutkan di sebelah. Saya mengesahkan bahawa kesemua SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan saya penuhi’.

8. Nama penuh, nombor kad pengenalan baru atau nombor passport dan email mestilah anda isi.

9. Kata laluan pula dimasukkan dan sekali lagi anda perlu memasukkan kata laluan.

10. Sila tekan butang Daftar.

2. LOG MASUK/LOGIN UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN SURAT MITI PKP 3.0 (CIMS 3.0)

Cara untuk membuat surat miti pkp 3.0 akan dikongsikan seperti di bawah, langkah demi langkah:

  1. Laman web www.miti.gov.my untuk melayari semula permohonan baru.
  2. Ataupun anda boleh terus klik ke application.miti.gov.my/login.
  3. Kini, anda berada di bahagian Log Masuk Pemohon.
  4. Kami menganggap anda sudah mendaftar untuk Log Masuk. Sila ikuti cara daftar seperti di atas jika belum melakukannya.
  5. Masukkan e-mel anda.
  6. Masukkan kata laluan anda.
  7. Klik butang Log Masuk.
  8. Akan terpapar pada skrin cara untuk membuat permohonan.

PENGENALAN QR CODE MITI

Code QR

Mengapakah KodQR diperlukan di surat kelulusan beroperasi?

Kod QR ini ialah pemeriksaan berkuasa terhadap syarikat dipermudahkan dan memastikan tiada pemalsuan surat dilakukan.

Tahukah anda, untuk menangani pekerja atau penghuni yang menunjukkan gejala jangkitan COVID-19, majikan atau penyedia penginapan perlu mempunyai Protokol Tindak Balas Kecemasan (ERP).

CARA KEMASKINI PERMOHONAN DI CIMS

Anda boleh menghantar emel kepada [email protected] sekiranya anda mempunyai sebarang isu teknikal berkaitan dengan permohonan syarikat untuk beroperasi seperti penukaran maklumat syarikat.

Mengemaskini Permohonan CIMS 2.0

Pastikan semasa anda login cims miti anda akan mendapat notification bagi membolehkan anda dapat akses agar dapat melakukan kemaskini dengan info yang baru.

CARA TUKAR PERMOHONAN

Anda boleh meminta maklumat yang telah dimasukkan mengikut panduan yang dikongsikan di bawah ini jika permohonan syarikat anda ingin meneruskan operasi adalah di dalam status ‘Baharu’.

Borang MITI

SEMAKAN KELULUSAN PERMOHONAN MITI

Kami ingin memaklumkan anda agar dapat memudahkan syarikat menyemak status permohonan beroperasi semasa, semakan terus boleh dilakukan di application.miti.gov.my dari semasa ke semasa.

NOTA: Surat kebenaran beroperasi miti yang bakal anda perolehi jika telah lulus permohonan akan mengandungi QR Code.

Borang dan Surat kelulusan miti ini perlu anda berikan kepada pekerja anda yang perlu datang bekerja agar dapat dilihat oleh pihak polis ketika roadblock dan sekatan jalanraya.

LANGKAH-LANGKAH DAN CARA MEMBUAT RAYUAN

Sila ikuti 4 langkah yang mudah ini jika permohonan syarikat anda ditolak dan ingin membuat rayuan untuk kebenaran beroperasi dari miti melalui cims. Rayuan hanya dibenarkan sekali sahaja.

Cara Untuk Membuat Rayuan

Cara Untuk Membuat Rayuan 1

Cara Untuk Membuat Rayuan 2

SYARAT OLEH KKR & CIDB

Syarat Oleh KKR CIDB

WAKTU SYARIKAT BEROPERASI

Permohonan boleh dibuat kepada PBT kawasan masing-masing bagi syarikat yang perlu memanjangkan waktu operasi mereka. Penilaian yang sewajarnya akan diberikan oleh PBT.

Waktu Operasi Syarikat

KELEBIHAN MENDAFTAR MITI UNTUK PKP & PKPB 2021

  • Mendapat potongan serta pelepasan cukai yang berjumlah 50 ribu ringgit untuk setiap syarikat.
  • Pekerja anda masih dibenarkan beroperasi walaupun merupakan kontak rapat dengan syarat tambahan juga mesti daftar dan register program Safe@Work.
  • Dapat borang permohonan kebenaran rasmi dari kerajaan melalui miti untuk membuka syarikat, pejabat, kilang ketika perintah pkp atau pkpb di Malaysia.

SURAT MITI TERBATAL

  • Dengan pelaksanaan PKP 3.0 yang terbaru ini, segala surat miti akan terbatal serta merta bermula 3 Jun 2021. Jadi anda perlu membuat permohonan untuk beroperasi bagi pkp 3.0 melalui pautan ini, https://notification.miti.gov.my/register
  • Cara untuk membuat surat miti pkp, anda rujuk semula panduan seperti di atas.

STATUS MITI 3.0 YANG TERBARU

Status MITI 3.0 Yang Terbaru

Anda akan mendapat miti 3.0 status baharu selepas 3 jam sehingga lebih 24 jam.

Buat masa sekarang sistem sedang busy bagi memproses setiap permohonan yang dihantar. Jadi diharap bersabar.

BORANG MEMOHON KEBENARAN BEROPERASI MITI

Borang Permohonan Kebenaran Beroperasi MITI

Borang permohonan surat kebenaran operasi dari miti secara online bagi membolehkan sektor perkhidmatan, perdagangan, perkilangan, pembuatan, pembinaan peredaran beroperasi di bawah perintah kawalan pergerakan pkp atau lockdown 3.0.

PERKARA LINK PAUTAN
Jika anda sudah daftar cims dengan miti semasa pkp 1.0 tidak perlu buat pendaftaran baru, boleh terus login di link pautan ini https://notification.miti.gov.my/login Log Masuk
Kepada syarikat perniagaan industri dan perkhidmatan yang belum daftar lagi, boleh buat pendapatan cims miti melalui link pautan ini https://notification.miti.gov.my/register Register & Daftar Permohonan Baru

 

Bagi memudahkan anda untuk mengisi borang permohonan kebenaran beroperasi miti semasa pkp dan lockdown 3.0 secara online samada di negeri melaka, Sabah, Sarawak, Kelantan, Pulau Pinang, Labuan, Penang, Johor, Kuala Lumpur Kl, Selangor, Putrajaya, Pahang, Perak, Melaka, Perlis, dan Kedah kami kongsikan video panduan di bawah ini

TRANSAKSI TAK SAH MITI

  • Terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh pengguna ketika ini termasuk transaksi tidak sah miti.
  • Jika anda mendapatkan error atau masalah seperti ini, anda tidak perlu risau sebenarnya.
  • Ini kerana masalah ini hanya akan anda temui apabila anda cuba untuk print surat miti pkp untuk kebenaran beroperasi semasa lockdown 3.0.

SURAT MITI PPN DI CIMS 3.0

Jika ingin mendapatkan surat miti ppn bagi kebenaran beroperasi dan juga untuk rentas negeri boleh semak link pautan sistem cims 3.0 di atas.

SOALAN LAZIM

1. Adakah Terpakai Untuk PKP Kali Ini Bagi Yang Menerima Kelulusan Terdahulu Kepada Syarikat Yang Beroperasi?

Untuk perhatian kepada anda, kelulusan ini terpakai untuk PKP kali ini bagi yang menerima kelulusan terdahulu kepada syarikat untuk beroperasi sepanjang PKP dahulu.

Namun demikian, kami menggalakkan permohonan baharu dilakukan oleh syarikat yang sudah mendapat kelulusan bagi mendapatkan kelulusan yang mempunyai QR code, yang mengandungi butiran maklumat syarikat dan pekerja.

Semoga permohonan surat kebenaran dengan daftar miti semasa pkp 3.0 dipermudahkan!

Leave a Comment