Moratorium Maybank: Cara Mohon Moratorium Bank Maybank 2021

Kongsi Artikel Ini

Adakah anda pelanggan setia Maybank dan berminat untuk membuat permohonan moratorium Maybank? Berikut adalah cara untuk mohon moratorium Maybank melalui maybank2u.com.my

Isi Kandungan

SEMAKAN KELAYAKAN PERMOHONAN MORATORIUM MAYBANK 2021

Berikut adalah kriteria atau kelayakan yang harus dipenuhi bagi membolehkan anda melanjutkan tempoh moratorium

  • khasnya Pelanggan Maybank
  • Bantuan bayaran balik pinjaman ini ditawarkan untuk pembiayaan yang diluluskan        sebelum 1 Julai 2021.
  • Tidak tertunggak lebih dari 90 hari sahaja.

Bagi pelanggan individu yang layak bagi moratorium automatik seperti yang diumumkan pada 31 Mei 2021 adalah:

i)Individu B40 yang menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

ii) Bantuan Bayaran Balik Untuk M40

Bagi pelanggan M40 yang terdaftar di pangkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang pendapatan isi rumahnya dipengaruhi oleh wabak, pihak Maybank juga telah mempermudah proses permohonan di mana hanya dokumen pembuktian atau self-declaration yang diperlukan untuk proses permohonan.

CONTOH DOKUMEN PEMBUKTIAN YANG DIPERLUKAN

Contoh dokumen tersebut termasuklah:

Bagi pelanggan dalam penggajian : slip gaji 1 bulan yang terkini

Bagi pelanggan yang bekerja sendiri :

  • Sekiranya akaun utama anda ialah Maybank, dokumen tidak diperlukan
  • Sekiranya akaun utama anda di bank lain, sebagai contoh CIMB , BSN dan sebagainya , penyata bank bagi 3 bulan yang terkini diperlukan.
  • Surat tamat perkhidmatan / berhenti kerja dari majikan anda dan / atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.
  • Surat pemotongan gaji dari majikan anda atau sebarang dokumen sokongan untuk permohonan anda.

SENARAI PILIHAN MORATORIUM MAYBANK 2021

Berikut ialah pilihan-pilihan yang ada:

Pilihan 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan penuh

Pilihan 2: Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan penuh

Pelanggan perlu memilih satu daripada dua pilihan di atas sebelum meneruskan proses.

ADAKAH JUMLAH PINJAMAN AKAN MENINGKAT JIKA AMBIL MORATORIUM MAYBANK?

  • Sila ambil perhatian. Apabila anda memohon moratorium Maybank, ini akan mengakibatkan tambahan pinjaman / pembiayaan. Hal ini kerana, jangka masa pinjaman atau pembiayaan anda akan dipanjangkan ataupun dalam erti kata lain jumlah ansuran anda akan meningkat.

JENIS PINJAMAN YANG DIBENARKAN BAGI MORATORIUM MAYBANK

Berikut merupakan senarai pinjaman yang dibenarkan:

  • Mortgage, Education, ASB, SME Loan / Financing
  • Pinjaman rumah / perumahan (mortgage)
  • Pinjaman pelajaran (education)
  • Pinjaman ASB (ASB financing)
  • Pinjaman perniagaan SME (SME Loan / Financing)
  • Hire Purchase
  • Pinjaman kenderaan
  • Personal Loan / Financing
  • Pinjaman peribadi

CARA UNTUK MOHON MORATORIUM MAYBANK (BORANG WEB)

Berikut merupakan langkah-langkah untuk buat permohonan lanjutan moratorium , sila ikut langkah tersebut dengan betul.

  1.  Sila layari laman web rasmi Maybank di sini: http://www.maybank2u.com.my
  2. Mohon jangan klik Back to the classic Maybank2u
  3. Sila gunakan terus paparan Maybank2u yang baru ini.
  4. Seterusnya, sila lihat di bahagian bawah sekali
  5. Klik logo yang berbentuk tangan dan hati berwarna merah yang tertulis Covid-19 Assistance
  6. Sila pilih kategori permohonan anda, pastikan kategori yang anda pilih itu benar.
  7. Akhir sekali, Klik butang SEND EMAIL FOR TRA atau hantar terus ke [email protected]

Leave a Comment