Elakkan Ditipu – Tiada Caj Dikenakan Untuk Daftar STR 2024. Ini Cara Daftar STR 2024. Latest !

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong Mara

Ini Cara Daftar STR 2024 – Permohonan baharu bagi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 telah dibuka bermula 1 November 2023. Hal ini seperti yang dinyatakan di laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. 

Artikel ini hanya bertujuan untuk memberi panduan kepada pengguna yang ingin membuat permohonan baharu untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui portal bantuantunai.hasil.gov.my. 



STR adalah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kesan pandemik COVID-19. Untuk layak memohon STR, pengguna perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

daftar str 2024

ELAKKAN DARIPADA DITIPU

Amaran telah dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkenaan dengan sesetengah pihak yang cuba untuk mengambil kesempatan mewujudkan laman-laman sesawang palsu berkaitan sumbangan ini. Berikut merupakan kenyataan daripada LHDNM :




“MOF / LHDNM menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / AKAUN MEDIA SOSIAL PALSU berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan. LHDNM tidak melantik mana-mana individu untuk menjawab pertanyaan dan soalan mengenai STR menerusi whatsapp atau panggilan menggunakan nombor talian peribadi.”

Selain itu, permohonan baharu bagi STR adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang pembayaran, jika anda mendapati ada pihak yang cuba untuk mengenakan bayaran atas permohonan sila laporkan kepada pihak LHDNM.

“TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. 

Baca Juga : Takaful Malaysia – Perlindungan Diri Bermula Dari RM15 Sebulan.


INI CARA DAFTAR STR 2024

Langkah-langkah untuk membuat permohonan baharu adalah seperti berikut :



1. Cara Daftar STR 2024 – Lawati portal bantuantunai.hasil.gov.my dan klik pada butang “Permohonan Baharu”.

daftar str 2024

2. Cara Daftar STR 2024 – Anda akan diminta untuk mengisi borang permohonan dengan maklumat peribadi, maklumat isi rumah, maklumat pendapatan dan maklumat akaun bank. Pastikan semua maklumat adalah tepat dan benar sebelum klik “Hantar”.

daftar str 2024

3. Cara Daftar STR 2024 – Sekiranya anda telah berkahwin, anda perlu memuat naik dokumen sokongan dan melengkapkan maklumat yang diperlukan.  daftar str 2024

4. Cara Daftar STR 2024 – Anda perlu membuat pengesahan captcha dengan hanya menulis semula nombor atau huruf yang tertera. Setelah itu, anda hanya perlu klik butang “Hantar”.

daftar str 2024

5. Cara Daftar STR 2024 – Pendaftaran untuk STR telah selesai, setelah itu anda perlu membuat pendaftaran bagi Akaun MySTR. Hanya perlu mengisi Nama dan Kad Pengenalan dan tetapkan Kata Kunci Keselamatan serta Kata Laluan. Anda juga akan diminta untuk memilih soalan pengesahan untuk tujuan keselamatan.

daftar str 2024

6. Hanya perlu tekan butang “Teruskan” dan akaun telahpun siap. Akaun ini akan memudahkan anda untuk menyemak status permohonan yang telah dibuat. Semakan boleh dibuat bermula Januari 2024. 




Permohonan juga boleh dibuat secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan. Muat turun borang permohonan disini. Pastikan anda merujuk butiran dibawah sebelum berkunjung ke mana-mana HASiL berdekatan.

daftar str 2024

Adakah artikel cara daftar STR 2024 ini memberikan manfaat kepada anda? Sekiranya bermanfaat, mohon kongsikan kepada kenalan yang lain. Terima kasih.


Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA KLIK PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment