Takaful Malaysia – Perlindungan Diri Bermula Dari RM15 Sebulan. Memang Exclusive !

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Jawatan Kosong Mara

 

*penafian : kami bukan wakil daripada mana-mana cawangan Takaful Malaysia, kami hanya membantu untuk menyebar luas kepentingan Takaful untuk perlindungan diri kepada masyarakat.

APA ITU TAKAFUL?

Takaful adalah sistem perlindungan kewangan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia berbeza dengan insurans konvensional yang mengandungi unsur-unsur riba, gharar dan maysir. Dalam takaful, peserta-peserta saling bantu membantu dan menanggung risiko bersama-sama melalui sumbangan atau tabarru’ ke dalam dana takaful. Dana takaful kemudian digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang mengalami kemalangan atau kerosakan harta benda.



Takaful bukan sahaja menawarkan perlindungan kewangan, tetapi juga keberkatan dan kebaikan dari sudut agama. Ini kerana takaful adalah berdasarkan konsep ta’awun (tolong-menolong) dan tabarru’ (derma) yang digalakkan oleh Islam. Peserta takaful juga akan mendapat bahagian daripada keuntungan dana takaful jika terdapat lebihan selepas menolak perbelanjaan operasi dan pampasan. Keuntungan ini akan diagihkan mengikut nisbah yang telah ditetapkan.

KENALI TAKAFUL MALAYSIA

takaful malaysia

Syarikat ini dikenali sebagai Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) atau nama ringkasnya, Takaful Malaysia atau Syarikat ditubuhkan pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji kebolehlaksanaan penubuhan sebuah syarikat Insurans Islam di Malaysia.




Selama lebih tiga puluh tahun, syarikat Takaful Malaysia telah menjadi salah satu pengendali Takaful yang terkemuka di Malaysia dengan kedudukan kewangan yang utuh dan kepakaran di dalam bidang pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh 24 pusat perkhidmatan mereka.

LINDUNG DIRI DENGAN TAKAFUL MYCLICK PA

takaful malaysia

Takaful myClick PA adalah salah satu produk takaful yang ditawarkan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad, yang memberikan perlindungan kepada anda dan keluarga anda sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan.


Produk ini mempunyai beberapa Manfaat Utama, antaranya:

– Manfaat Kematian Akibat Kemalangan.
– Manfaat Kecacatan Total dan Kekal Akibat Kemalangan.
– Manfaat Kematian Akibat Kemalangan di Jalan Raya (manfaat ganda jika kemalangan jalan raya).

Produk ini juga mempunyai beberapa manfaat tambahan seperti :

– Manfaat Pembedahan Besar Akibat Kemalangan (had maksimum setiap kemalangan, tertakluk kepada satu (1) kemalangan setahun).
– Manfaat Pendapatan Harian Hospital Akibat Kemalangan (maksimum tiga puluh (30) hari setiap kemalangan).
– Manfaat Wang Tunai Selepas Pemulihan Hospital Akibat Kemalangan (had maksimum setiap kemalangan, tertakluk kepada tiga (3) kemalangan setahun).
– Manfaat Bayaran Perubatan Akibat Kemalangan (had maksimum setiap kemalangan).

BERAPA JUMLAH BAYARAN PERLINDUNGAN?

takaful malaysia

Jika anda merujuk kepada jadual diatas, jumlah bayaran yang perlu dibuat bergantung kepada pakej perlindungan yang diberikan bermula daripada RM15 sehingga RM217.50 setiap bulan bagi Manfaat utama. Selain itu, untuk Manfaat tambahan anda boleh membuat pembayaran tambahan dengan jumlah yang minimum iaitu RM6 sehingga RM191.20



Sebagai contoh, Ali mempunyai seorang pasangan isteri dan beliau ingin mendapatkan pelindungan diri bagi dia dan pasangannya. Oleh itu, Ali boleh mengambil pakej perlindungan dengan jumlah pembayaran bulanan RM29.25 atau RM87.75 untuk Manfaat Utama dan membuat tambahan pembayaran sebanyak RM11.70 untuk Manfaat Tambahan sekiranya Ali ingin menambah perlindungan buat dia dan isterinya.

BACA JUGA : Jadual Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Bank Penerima

PENGECUALIAN DIDALAM PELAN INI YANG PERLU ANDA TAHU

Produk ini juga mempunyai beberapa pengecualian yang perlu anda ketahui, antara lain:

– Produk ini tidak melindungi anda jika anda terlibat dalam aktiviti berisiko tinggi seperti sukan ekstrem, penerbangan tidak berjadual, atau peperangan.
– Produk ini juga tidak melindungi anda jika kemalangan atau kecederaan disebabkan oleh kemabukan, penyalahgunaan dadah, atau niat sengaja untuk membahayakan diri sendiri atau orang lain.
– Anda perlu memberitahu syarikat takaful jika berlaku sebarang perubahan dalam maklumat peribadi, pekerjaan, atau aktiviti anda yang mungkin menjejaskan risiko anda.




Produk takaful myClick PA adalah produk yang sesuai untuk anda yang mencari perlindungan kewangan yang mudah, fleksibel, dan berpatutan. Dengan produk ini, anda boleh menjaga diri anda dan keluarga anda dari risiko kemalangan atau kecederaan yang tidak dijangka.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, anda boleh melawat laman web rasmi syarikat takaful malaysia di https://www.takaful-malaysia.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1-300-88-252-385.

Anda juga boleh membaca dokumen pendedahan produk (PDS) yang mengandungi maklumat terperinci tentang produk ini di https://www.takaful-malaysia.com.my/wp-content/uploads/2023/02/Takaful-myClick-PA-PDS.pdf.


Adakah artikel ini memberikan manfaat kepada anda?Sekiranya bermanfaat, kongsikan kepada kenalan yang lain.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :
1. PASTIKAN ANDA KLIK PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment